Saturday, May 2, 2015

#PRKPermatangPauh: Dakwa terabai, Umno cawangan di PP dibubar

pilihanraya kini     10:30 AM    

Ketua Cawangan yang bubarkan cawangan tersebut wajib jelaskan apa maksud ABAIKAN?
  1. Adakah menjadi ketua cawangan ni maka ada gaji bulanan?
  2. Atau adanya upah kepada Ketua Cawangan apabila selesai menjalankan sesebuah program di cawangan sendiri?
  3. Atau adanya peruntukan bulanan seperti imbuhan kepada cawangan di seluruh Malaysia?
  4. Aakj pun Ketua UMNO cawangan dan masih membuat program tanpa mengharapkan apa-apa dari UMNO Bahagian. Tanya diri, semasa tubuhkan cawangan UMNO itu APA niat sebenarnya? Berjuang demi Agama Bangsa dan Negara atau sekadar mengambil peluang?
Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.
Bekas ketua Umno cawangan itu, Asri Ahmad berkata, semenjak 2006, cawangan Guar Jering Jering Jaya sering diabaikan oleh Umno kawasan Permatang Pauh.
Asri mendakwa, Umno cawangan itu sering diabaikan tanpa sebarang kebajikan dan peruntukan yang diberikan oleh Umno kawasan mahupun negeri.
“Hari ini saya bersama rakan-rakan ahli cawangan saya turun ke Pusat Khidmat PKR atas dasar kami dah hilang kepercayaan kepada Umno Permatang Pauh dan juga kepimpinan pusat sendiri.
“Dah lama kami diabaikan sejak cawangan kami ditubuhkan pada 2006. Ini mungkin satu rahmat pada kami. Ini janji kosong BN.
“Dan saya ambil kesempatan isytiharkan dengan sukarelanya ingin bubarkan Umno cawangan,” katanya yang hadir bersama kira-kira 15 orang bekas ahli cawangan itu pada sidang media di Pusat Media PKR di Permatang Pauh.
Selain itu, Asri turut menambah, sebelum ini pihaknya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk membuat aduan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diterima oleh Umno cawangan itu, katanya lagi.-AAKJ

1 comments :

Anonymous said...

Semoga mereka dimuliakan & tidak diabaikan oleh 'kawan baru' mereka.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.