Wednesday, May 6, 2015

#PRKPermatangPauh : GST Malaysia Unik, Barangan Keutamaan Rakyat Dikecualikan

pilihanraya kini     1:08 AM    


PELAKSANAAN Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan lebih berteraskan rakyat berbanding pelaksanaan cukai sama di negara lain yang tidak mementingkan kepentingan dan keperluan rakyat.

Pendakwah Datuk Ustaz Kazim Elias berkata ketika berceramah di negara yang juga melaksanakan GST, penduduk negara itu mendakwa semua barangan di negara itu dikenakan GST tanpa mengira kepentingannya pada rakyat.

“Bila saya ceramah di negara yang ada GST, saya tanya dekat dia, GST kamu apa? semua benda kena GST, gula kena, ayam kena, ikan kena.

BACA – Pendekatan Seragam Perlu Untuk Bertindak Ke Atas Peniaga Menipu 

“Saya kata di Malaysia, benda-benda itu dikecualikan GST, yang mana menjadi perkara utama dan makanan utama rakyat tak kena GST.


“Yang dikenakan hanya benda yang jarang dipakai,” katanya ketika berceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, malam tadi.

Menurut Ustaz Kazim, pengguna sepatutnya menggunakan hak mereka untuk melaporkan kepada pihak berkuasa untuk peniaga yang mengambil kesempatan atas pelaksanaan GST mengambil tindakan.

Beliau berkata, perkara berkaitan GST sudah berulang kali diumumkan di dalam akhbar dan berita di televisyen untuk menjadi maklumat dan pendedahan kepada rakyat.

Katanya, tindakan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang memboikot segala media arus perdana dan menolak untuk membaca akhbar menyebabkan mereka sendiri terkena apabila membuat kecoh menyalahkan kerajaan.

“Kenapa kita kena tipu, sebab malas baca suratkhabar, dalam suratkhabar tiap-tiap hari dia kata yang ini kena GST, yang ini tiada GST… Tapi bila orang kata, jangan baca suratkhabar, pembohong, maka kita pun boikot.
“Jangan dengar 
berita, pembohong, jangan tengok warta berita pembohong, berita kita tak nak dengar, suratkhabar kita tak baca, akhirnya kita kena bohong,” katanya sinis.

Ustaz Kazim berkata pelaksanaan GST ini pada awalnya mungkin masih belum menampakkan kesan tetapi impak positifnya bakal dapat dilihat selepas dua tiga tahun pelaksanaannya.

Jika difahami dengan baik, rakyat akan faham pelaksanaan GST berkenaan. “Bila kita faham betul-betul, sekarang mungkin kita tak nampak, tunggu lagi dua tiga tahun baru kita tahu, macam mana orang tidak boleh lari daripada cukai, orang tak boleh mengelak daripada cukai.

“Lama-lama cukai tadi dikutip akan pulang semula kepada kita, yang ini orang tak beritahu habis,” kata Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim dalam ceramahnya turut mengangkat martabat wanita yang merupakan elemen kedua paling disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W.


Beliau bercakap dihadapan kira-kira 3,000 orang penduduk Permatang Pauh di sekolah berkenaan yang bermula pada kira-kira pukul 9 malam.

Ustaz Kazim (empat, dari kiri) memanjatkan doa dan diaminkan oleh para hadirin termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, dari kiri) selepas selesai majlis Ceramah Perdana pendakwah itu di Permatang Pauh, malam tadi. - Foto PRU14.tv
Ustaz Kazim (empat, dari kiri) memanjatkan doa dan diaminkan oleh para hadirin termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, dari kiri) selepas selesai majlis Ceramah Perdana pendakwah itu di Permatang Pauh, malam tadi. – Foto PRU14.tv

Turut hadir pada program itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin.
– PRU14.tv

1 comments :

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.