Tuesday, May 5, 2015

#PRKPermatangPauh : Legasi 33 Tahun Anwar Berakhir: Suhaimi Sabudin Curi Perhatian Pengundi Permatang Pauh

pilihanraya kini     7:54 AM    

Tanggal 10 Februari 2015 merupakan detik hitam kedua dalam hidup Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
Perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh tahun itu telah membawa kepada hukuman lima tahun penjara dan merupakan pemenjaraan kali kedua Anwar selepas tahun 1998.

Namun, usaha terakhir yang dilakukan oleh keluarga Anwar iaitu memohon pengampunan Diraja telah menemui kegagalan sekaligus menamatkan karier politik Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Hal itu telah menyebabkan satu Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan untuk mencari pengganti kerusi Parlimen itu.

Selama 33 tahun Permatang Pauh terus gah berdiri dibawah pentadbiran PKR dan Anwar, bahkan sewaktu beliau dipenjarakan pada tahun 1998, kerusi itu disandang isteri beliau sendiri, Datin Seri Wan Azizah sebelum menyerahkan semula kepada beliau sejurus bebas dari penjara.
Warga Permatang Pauh sememangnya sudah terdidik berada di bawah satu pentadbiran. 
Mereka sekali lagi harus membuat keputusan untuk menentukan siapa yang bakal mengisi kekosongan berkenaan yang dilepaskan Anwar ‘tanpa rela’ sekali lagi.
Adakah masih mahu meneruskan legasi ‘keluarga’ Anwar atau membuka lembaran baru dengan memilih pucuk pimpinan lain?

Tidak dinafikan, kredibiliti yang dimiliki Anwar sejak zaman muda benar-benar membuatkan ramai pihak mengakui kehebatannya dalam pentadbiran.
Cara berfikir, cara bertindak dan idea-idea baru yang diperkenalkannya kepada umum banyak membuka mata masyarakat. Biarpun terselit seribu satu agenda dalam perjuangannya tetapi kebijaksanaan Anwar tidak boleh disangkal lagi.
Menyingkap secara ringkas latar belakang Anwar, ramai sedia maklum bahawa sebelum menyertai UMNO, beliau telah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selama sepuluh tahun.
Beliau berjaya membawa ABIM dikenali dan mendapat perhatian dari masyarakat, terutamanya dalam kalangan golongan muda terpelajar.

Anwar dilihat lebih bersungguh-sungguh memperjuangkan nilai-nilai Islam dan menekankan konsep keislaman di arena politik. Secara dasar, beliau dilihat menggunakan platform Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam wadah perjuangannya menarik lebih ramai lagi masyarakat Islam untuk memahami konsep agama sebenar.

Namun, pada Mac 1982 Anwar telah membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak apabila mengisytiarkan penyertaan beliau di dalam UMNO.
Hal ini sekaligus menghampakan ramai pihak daripada PAS dan rakan-rakannya di dalam ABIM. Bahkan, ahli syura ABIM seakan tidak merelakan Anwar untuk meneruskan perjuangan di dalam UMNO.

Ini kerana Anwar merupakan salah seorang individu dari gerakan berhaluan kiri yang amat terkenal mengkritik dengan keras kepimpinan UMNO dan kerajaan.

Menjawab segala tanda tanya rakyat Malaysia mengapa beliau memilih UMNO, Anwar menjelaskan beliau telah mendapati bahawa terdapatnya sikap keterbukaan dan ikhlas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).
Menariknya, sebelum ini Anwar pernah ditawarkan menjadi kabinet oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974 sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, dan jemputan oleh Datuk Harun Idris supaya Anwar menyertai Pergerakan Pemuda.

Namun, semuanya telah ditolak secara baik oleh Anwar.

Ramai yang tidak tahu bahawa hubungan baik yang wujud diantara beliau dan Tun M telah terbina sewaktu mereka berganding bahu mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman berkenaan rusuhan perkauman 13 Mei 1969 dan sejak itulah Anwar mula tertarik untuk bergiat aktif di dalam UMNO,

Penyertaan beliau itu telah mendapat sokongan padu bukan saja daripada pucuk pimpinan UMNO, malahan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vallu.
Beliau percaya dengan kewibawaan Anwar akan dapat membantu UMNO melaksanakan dasar-dasarnya. Hal ini jelas terbukti ketika beliau memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1982 di kawasan Permatang Pauh.

Sebagai ahli yang baru menyertai UMNO, sesuatu yang amat mengagumkan kerana berjaya mengalahkan calon PAS, Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Bukan itu sahaja, beliau turut dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Tun M ketika itu.

Satu persatu kejayaan dikecapi Anwar dan akhirnya namanya dicalonkan untuk bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda menentang Datuk Suhaimi dan Hang Tuah Arsyad membabitkan pertembungan tiga penjuru.

Dalam kempen-kempen yang giat dijalankan, Anwar menegaskan berdirinya di hadapan rakyat adalah untuk membawa perubahan di dalam parti dan perjuangannya.
Perubahan itu menjerumus ke arah nilai-nilai Islam dalam masyarakat, kecekapan pentadbiran, perjuangan isu-isu Islam, pembelaan nasib bangsa Melayu dan menghapuskan rasuah.

Namun, dalam masa berkempen beliau tetap mengingatkan penyokong-penyokongnya supaya berkompromi dengan cara bersih dan jangan sesekali memburukkan keperibadian pihak lawan. Slogan yang dilaungkan oleh beliau ialah ‘Undi Untuk Perubahan’.

Pada September 1982, Anwar berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan 183 undian manakala Suhaimi dengan 173 undian dan Hang Tuah Arshad memperolehi hanya tiga undian. Hanya berbeza sepuluh undi sahaja dengan Suhaimi, ternyata Anwar masih belum mendapat sokongan padu daripada anggota-anggota Pemuda. 
Kemenangan itu telah memberi satu lagi langkah buat Anwar menunaikan janji-janji yang dibuatnya sehari sebelum pertandingan itu iaitu membawa perubahan terutamanya dalam menerapkan nilai-nilai Islam serta menjalinkan persefahaman dengan anggota lain.

Tahun demi tahun berlalu, langkah demi langkah diambil, Anwar berjaya membawa Pergerakan Pemuda menjadi gah dimata dunia. Biarpun dilanda krisis yang besar seperti ditentang beberapa pihak tetapi sokongan yang diterima tetap utuh selari dengan kejayaan serta janji Anwar terhadap Pergerakan Pemuda suatu masa dahulu.

Ternyata beliau berjaya menggalas tanggungjawab serta kepercayaan yang diberikan dengan begitu baik sekali sepanjang menjadi ‘pemandu’ terhadap Pemuda.

Keyakinan Anwar terhadap pengaruhnya di dalam UMNO kian bertambah apabila beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada 24 April 1987.
"Keputusan yang saya ambil ini iaitu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dibuat memandangkan rakan seangkatan dengan saya telahpun meanggotai badan induk UMNO dan di sini saya fikir sudah sampai masanya saya mengikuti jejak langkah mereka," katanya ketika Persidangan Agung Pemuda pada 23 April 1987 :

Ternyata pilihan yang dibuat Anwar tidak silap kerana pilihannya itu telah membawa beliau berada di puncak yang tinggi dan hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Kelima.
Sumbangan yang diberikan Anwar terhadap pentadbiran negara juga tidak kurang hebatnya dan berkarisma sewaktu bercakap dikatakan beliau ‘kononnya’ dekat di hati rakyat.

Ternyata langit tak selalu indah. Karier politik Anwar musnah sekelip mata pada tahun 1998 apabila dipecat daripada UMNO dan dipenjarakan atas beberapa kesalahan yang dilakukan. 
Anwar Ibrahim sewaktu ditahan pada tahun 1998 - mDAnwar Ibrahim sewaktu ditahan pada tahun 1998 - mD
Hal itu juga yang telah membangkitkan laungan ‘Reformasi’ kerana tindakan yang diambil terhadap pemimpin kesayangan rakyat pada waktu itu dianggap kononnya ‘zalim’.

Kini, situasi yang sama berulang kembali. Pemenjaraan Anwar kali kedua sekali lagi memusnahkan karier politik beliau yang dilihat semakin memuncak dan berada di peringkat tinggi.

PRK Permatang Pauh yang bakal berlangsung dua hari lagi seakan-akan menjadi fenomena di Malaysia kerana pertembungan empat penjuru iaitu wakil dari Barisan Nasional (Suhaimi Sabudin), Presiden PKR (Wan Azizah), Parti Rakyat Malaysia (Azman Shah Othman) dan Salleh Isahak dari parti bebas.

Persaingan Suhaimi Sabudin dilihat seperti menggugat kedudukan selesa Anwar di Permatang Pauh manakala meletakkan Wan Azizah sebagai calon PKR seperti menunjukkan bahawa parti itu hilang ‘modal’ dan mengamalkan sistem ‘kitar semula’.

Menariknya, kali ini warga Permatang Pauh dilihat ‘berani’ dengan menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap siapa dalam PRK akan datang ini.
Lebih membuatkan PKR tidak dapat tidur nyenyak apabila Suhaimi Sabudin dilihat berjaya mencuri hati warga Pematang Pauh terutama sekali golongan muda yang memerlukan peluang pekerjaan lebih dan kemajuan yang sepatutnya berlaku sepanjang 33 tahun dibawah pentadbiran Anwar, Wan Azizah dan PKR.

Suhaimi ternyata mendapat sokongan warga Permatang Pauh - mDSuhaimi ternyata mendapat sokongan warga Permatang Pauh - mDTempoh 33 tahun itu bukan satu tempoh yang singkat dan ramai diantara mereka merasakan sudah terlalu banyak peluang dan kepercayaan diberikan kepada Anwar sebelum ini.
Berikut merupakan beberapa komen warga Pulau Pinang yang dipetik dari satu sumber portal Selangorpost.com mengenai PRK Permatang Pauh yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini :

“Anwar atau isterinya masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik. Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh. PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah memperdulikan nasib golongan miskin dan warga emas di Permatang Pauh.” - Zulkifli Hamid, 79, pengundi tertua PRK Permatang Pauh.

“Sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, saya kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ. Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ni sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja. Keadaan di Permatang Pauh masih sama juga. Kami pengundi disini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.” - KhairulAnas Ismail, 47.

“Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat BN. Wakil rakyat harus memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya.” – Siti Nuraina Mohd Aman, 31.

Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Muhammad Razlan Rafli dan Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussein Akhtar Hussein dalam satu sumber berkata, mereka meluahkan pendapat masing-masing berkenaan isu Permatang Pauh dan pencalonan Wan Azizah menggantikan kerusi yang pernah disandang suaminya.

Ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu tetapi telah beralih arah kepada UMNO kerana bosan dengan politik keluarga Anwar.

"Anwar dan Wan Azizah tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi," kata Jamawi.

Nama Wan Azizah bukan nama yang asing dalam arena politik tetapi keupayaan beliau boleh dipertikaikan kerana gagal memimpin rakyat.
Jika dilihat rekod-rekod lampau beliau sebelum ini, jelas sekali Wan Azizah tidak menunjukkan apa-apa pencapaian terbaik terutama di Parlimen Permatang Pauh.

"Wan Azizah tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di DUN Kajang apabila beliau telah menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya. Setelah memenangi PRK Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini, tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan," kata Razlan.

"Keputusan untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh memang sudah dijangka dan ini adalah peluang terbaik untuk BN memenangi semula kerusi tersebut." – Nazir Hussein.

Namun, sejauh manakah pengaruh Anwar yang masih tinggal serta teguh di Permatang Pauh bagi menyatakan sokongan mereka terhadap PKR?
Adakah warga Permatang Pauh masih percaya dengan kewibawaan Anwar yang sememangnya diakui sejak beliau diberi kepercayaan memegang kerusi Parlimen itu sejak tahun 1982?

Adakah warga Permatang Pauh sudah bosan dengan drama keluarga Anwar yang dilihat sememangnya mengamalkan budaya ‘nepotisme’ dalam berpolitik? Mahupun warga Permatang Pauh akan terus memberi undi serta sokongan terhadap PKR dek kerana sumbangan serta jasa Anwar sebelum ini? 
Sememangnya, PRK Permatang Pauh amat dinanti semua rakyat Malaysia kerana kali ini ternyata, keputusan yang bakal berlaku amat sukar diramalkan.
Pertembungan empat penjuru dilihat amat sengit kali ini terutama sekali impak yang diberikan daripada calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin.

Sementara itu, Ketua Umum PKR telah mengutuskan satu warkah untuk penduduk di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya dalam PRK Permatang Pauh.
Menurut warkah tersebut, beliau selaku mantan Ahli Parlimen di kawasan itu menyeru supaya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah demi meneruskan perjuangan mereka menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.
Warkah yang ditulis oleh Anwar dari penjara buat warga Permatang Pauh - mD
Warkah yang ditulis oleh Anwar dari penjara buat warga Permatang Pauh - mD

Tinggal dua hari lagi, keputusan penyandang baru kerusi Parlimen Permatang Pauh bakal diketahui.

- Malaysian Digest

1 comments :

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.