Monday, May 4, 2015

#PRKPermatangPauh : Pemuda PKR Cuba Halang Pasang Papan Tanda BN

pilihanraya kini     7:00 PM    


Tidak memeranjatkan mendengar laporan bahawa anggota Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengepung kontraktor menjalankan tugasan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh serta melarang mereka memasang papan tanda BN di beberapa kawasan termasuk Kampung Setul dan bulatan Seberang Jaya.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan tindakan itu dan bukan itu sahaja malah banyak papan tanda milik BN dirosakkan dengan sengaja.
“PKR jangan ambil undang-undang dalam tangan sendiri. Kontraktor kami  dikepung dan dilarang untuk memasang papan tanda tetapi kami telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Justeru, satu laporan juga telah dibuat berhubung papan tanda yang sengaja dirosakkan itu dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara itu.
“Kami akui ada angin kencang semalam dan ada yang mengambil kesempatan untuk merosakkan papan tanda BN kerana tinjauan kami mendapati papan itu patah bukan kerana angin tetapi sengaja dicantas,” katanya.
Malah, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga diminta tampil memberikan penjelasan berhubung isu bendera BN yang ditanggalkan di bulatan Seberang Jaya atas alasan ada majlis perasmian di kawasan berkenaan malam ini.
“MPSP perlu beri penjelasan … kami telah memohon dan mendapat permit (untuk memasang bendera). MPSP tak sepatutnya terlibat dalam kempen berpolitik untuk kerajaan (pakatan pembangkang),” katanya.
-pru14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.