Monday, May 4, 2015

#PRKPermatangPauh: Sudah Terdesak, PKR Guna Taktik Jijik

pilihanraya kini     6:47 PM    


Taktik mengedarkan risalah menggunakan logo BN untuk mengutuk calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah memang taktik yang jijik!
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seperti itu sambil menafikan sebarang penglibatan BN dalam risalah itu.
“Tindakan itu amat jijik kerana ia mengutuk peribadi calon dan ia menyakitkan hati penduduk,” katanya.
Malah kenyataan dalam risalah yang tersebar di kawasan perkampungan Melayu di Permatang Pasir dan Penanti itu juga adalah cerita yang direka dan disebar untuk meraih simpati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, Barisan Nasional (BN) sejak daripada mula lagi bertekad untuk berkempen secara bersih dan menolak sama sekali apa-apa perkataan yang menyentuh peribadi orang bagi menjatuhkan maruah mereka.
Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula menuduh kononnya BN telah mengadakan kempen rumah ke rumah pada waktu malam untuk memberi rasuah kepada pengundi.
“PKR ini seakan-akan terdesak, dan sengaja membuat tuduhan untuk mengaburi mata pengundi. Seeloknya mereka membuat laporan polis dan biar ia disiasat dan bukan hanya buat tuduhan tidak berasas,” katanya.
Jentera BN katanya akan mengadakan kempen pada waktu malam kerana ketika itulah ramai pengundi berada di rumah.
“Ramai pengundi tidak berada di rumah pada waktu siang tetapi kempen pada waktu malam juga akan dipastikan berakhir jam 10 malam”.
– PRU14.tv
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/05/04/prk-permatang-pauh-sudah-terdesak-pkr-guna-taktik-jijik/#sthash.78JTxngt.dpuf

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.