Saturday, May 2, 2015

#PRKPermatangPauh : Terus Enggan Minta Maaf, Tunggu Kejutan PAS

pilihanraya kini     8:14 AM    


BIARPUN anggota PAS di kawasan Permatang Pauh sudah dilihat membuat u-turn dan menyokong kempen PKR pada Pilihan Raya Kecil, namun rasa tidak puas hati yang terbuku di hati masih tidak dapat disembunyikan.

Bertempat di Masjid Batu Kampung Pertama, anggota Pemuda PAS yang menyokong Ulama’ membuat himpunan aman menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dihina.

Jika penghinaan ini berterusan anggota PAS di kawasan Permatang Pauh tidak akan teragak-agak melakukan kejutan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan pada 7 Mei depan.

MENARIK – PAS Sudah Ludah, Jilat Balik?

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Azmi Jaafar berkata kira-kira 100 orang anggota Pemuda PAS Pulau Pinang berkumpul untuk menyokong kepimpinan Ulama yang dihina tanpa ada permohonan maaf.
“Kita ambil kesempatan pada hari Jumaat (hari ini) untuk menjelaskan kepada masyarakat sokongan terbuka kami menyokong kepimpinan yang dihina, yang dimaki hamun tanpa minta maaf.
“Kepimpinan Ulama’ kami ada maruah, bila hangpa buat silap kami bagi peluang untuk minta maaf tetapi di Permatang Pauh, kita tidak ada permohonan maaf,” katanya kepada PRU14.tv.
Ketika ditanya, tahap manakah mereka sanggup terus mempertahankan kepimpinan Ulama’, ini jawapan beliau kepada kami.
“Di kawasan Permatang Pauh ini, kita ada 10,000 lebih pengundi, selagi mana kepimpina PKR ini ego dengan sikap mereka, tunggu dan lihat PRK Permatang Pauh, PKR akan hadapi begitu sukar sekali,” katanya.
Sambil menamakan parti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP sebagai dalang menggulingkan Abdul Hadi, Azmi berkata kini DAP dilihat mengambil pendekatan berdiam diri dalam isu ini.
“DAP adalah dalang dia, sekarang ini kita lihat dia macam ‘silent’ kerana menunggu barisan kepimpinan yang depa hendak seperti Mat Sabu dan pelbagai lagi kepimpinan yang menyokong mereka secara jelas, jika mereka masih terus begini, akan ada kenyataan berapi yang akan dikeluarkan,” katanya.
Mengulas mengenai langkah u-turn, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, beliau mengakui Mohd Yusni menghadapi tekanan daripada kepimpinan pusat namun hakikatnya jentera PAS di Permatang Pauh memang tidak berjalan.

Barisan penyokong PAS nampaknya sudah tidak boleh berselindung pada kempen PRK kali ini apabila terus mempertahankan Abdul Hadi yang secara lantang dikritik soal pelaksanaan Hudud.
1Mei15Demonstrasi_1jpg 1Mei15Demonstrasi_2 1Mei15Demonstrasi_3 1Mei15Demonstrasi_4
Pada himpunan itu, para penyokong kepimpina Ulama melaungkan slogan anti DAP dan PKR serta anti kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
– PRU14.tv 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.