Friday, May 1, 2015

#PRKPermatangPauh : Umno Cawangan Guar Jering Jaya Sudah Dibubarkan

pilihanraya kini     10:57 PM    


Umno Cawangan Guar Jering Jaya sudah dibubarkan sejak Mac lalu oleh Ibu Pejabat Umno, demikian penjelasan daripada Ketua Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Zaidi berkata demikian bagi mengulas mengenai seorang individu yang mendakwa beliau ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya dan mengumumkan 68 ahli cawangan itu meninggalkan parti.

Asri Ahmad, 44, berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas mendakwa Umno melantik muka baru bagi menguruskan cawangan tersebut.

“Selepas 2013, ada pelantikan pimpinan baru menggantikan saya.

“Saya sebenarnya tidak kecewa asalkan kebajikan terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan keluar parti dan menyatakan mahu memberikan sokongan kepada PKR.

Pengumuman itu dibuat dihadapan ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin Asri dalam pada itu mendakwa mereka diabaikan sejak 2006 sehinggakan berlakunya penyingkiran pimpinan lama dan digantikan dengan muka baru oleh Umno Permatang Pauh bagi kawasan itu.

Beliau bagaimanapun tidak pula menjelaskan sama ada penyingkiran itu disebabkan ahli Umno di kawasan itu sudah tidak mahukan beliau mengepalai cawangan tersebut.

Difahamkan ahli di cawangan tersebut hanya ada sembilan orang dan bukannya 68 orang seperti yang diumumkan oleh Asri tadi.

Dalam pada itu, Antarapos masih berusaha mendapatkan calon Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin untuk mengulas berhubung dakwaan isu itu.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.