Sunday, May 3, 2015

#PrkRompin : BN Pasti Menang

pilihanraya kini     3:01 AM    



Sudah beberapa hari kempen PRK P091 Rompin berlangsung. Menurut mereka yang berada disana, suasananya terasa hambar. Mungkin kerana Pas sendiri yang meltakkan calonnya merasakan menang adalah tidak mungkin sedangkan kalah adalah dalam tangan. Mungkin juga kerana calonnya bukanlah lawan yang setanding, kerana calon yang BN letakkan dilihat sangat berwibawa. Selain dari pernah jadi Adun di Bukit Ibam dan Tioman, beliau juga adalah mantan Timbalan Menteri Besar Pahang. 

Di peringkat nasional, beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada suatu ketika. Rekod calon BN semasa beliau bertugas adalah cemerlang. Bagi kalangan veteran, beliau ibarat otai yang masih berbisa. Manakala dikalangan remaja, sentuhannya juga dapat menarik sokongan mereka. Banyak pihak berpendapat beliau adalah calon pilihan terbaik bagi menggantikan Allahyarham Dato' Jamaluddin Jarjis. 

Kemenangannya juga adalah satu kepastian, cuma yang perlu beliau lakukan adalah mempertahankan majoriti kemenangan dan jika boleh mengumpul lebih banyak undi bagi mencatat kemenangan yang bergaya. Calon pembangkang sedar mereka tiada harapan untuk menang. Calon yang diletakkan adalah muka baru yang langsung tidak ada kekuatan dan sokongan. Bahkan dari kalangan Pas sendiri, pencalonannya dipertikaikan. Cuma, untuk tidak menampakkan perpecahan dalam parti, mereka diamkan sahaja. Tidak semua undi 'blok' Pas akan dapat diraih oleh calonnya Ustaz Nazri Ahmad. 

Pertama kerana perpecahan sokongan dalam Pas sendiri sebagai protes terhadap calon dan kedua adalah kerana penyokong pembangkang juga akan mengundi calon BN atas alasan mengenang budi dan jasanya suatu ketika dahulu.

 Kisah persahabatan akrab antara Dato' Hasan dengan Dato' Fauzi Abdul Rahman Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang sudah diketahui ramai. Secara rahsia PKR Pahang pasti akan menjuruskan undinya kepada calon BN tanpa menyentuh hati 'sahabat' Pas nya. Ini juga mungkin sudah disedari oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man namun beliau juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana menjaga hubungan 3 penjurunya antaranya, Dato' Hasan dan Dato' Fauzi. Perayu undi tempatan langsung tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh. Kerana itulah tidak banyak bendera dan poster Pas berkibar. 

Yang diberitakan berkerja merayu undi bagi calon Pas hanyalah mereka yang datang dari luar, yang tidak mengetahui apa-apa tentang kisah dalaman. Undi masyarakat Orang Asli juga khabarnya masih tetap teguh terhadap BN walaupun pihak pembangkang cuba juga menghasut mereka. Dalam pertemuan dengan beberapa penduduk perkampongan Orang Asli di sekitar Ibam, jelas mereka akan tetap memberikan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap BN. 

Jika tidak terlalu kasar, mungkin boleh kita katakan bahawa peraih undi Pas ini tertipu dengan mainan dan konspirasi pihak atasan mereka. Tidak salah agaknya jika kita ucapkan kejayaan Dato' Hasan calon BN sebagai ahli Parlimen Rompin.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.