Saturday, May 2, 2015

#PRKRompin: Cakap Serupa Munafik! Sesuka Ceroboh Tanah FELDA

pilihanraya kini     1:00 AM    




CALON PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Nazri Ahmad, mungkin seorang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi malah beliau pernah belajar di Kaherah, Mesir.

Malangnya, didikan agama yang setinggi gunung graduan Al-Azhar itu tidak dapat menahan nafsu duniawinya bilamana Nazri telah menceroboh tanah tadbiran FELDA secara haram.

Entah hukum agama mana yang diikutnya untuk menceroboh tanah milik orang lain tanpa kebenaran untuk kegunaan sendiri.

Walaupun atas tanah yang diceroboh itu dibinanya sebuah pusat Tahfiz, mungkin ‘Ustaz’ ini terlupa hukum bahawa matlamat tidak menghalalkan cara!

Pada asalnya, arwah ayah Nazri, Hj Ahmad Abdul Rahman, telah membuat permohonan kepada FELDA menggunakan tanah yang seluas 2 ekar tersebut untuk membina kilang memproses keropok bagi tujuan menambah pendapatan keluarga.

Oleh kerana FELDA mengalu-alukan warga penerokanya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk mencari sumber pendapatan alternatif, maka permohonan Allahyarham Hj Ahmad diluluskan oleh FELDA.

Bagaimanapun, Nazri dan abangnya pula telah bertindak secara sendiri tanpa mengemukakan sebarang permohonan kepada FELDA, telah memperlakukan tanah tersebut seperti tanah nenek moyangnya.

Nazri membuka pusat Tahfiz di atas tanah tersebut. Pun begitu, memandangkan ianya bertujuan baik, pengurus rancangan telah menasihati Nazri dan abangnya untuk membuat permohonan rasmi kepada FELDA, namun tidak diendahkan.

Tidak cukup dengan itu, Nazri turut membina beberapa lagi bangunan sekitar pusat Tahfiz tersebut termasuk bangunan kediaman.

FeldaVoice telah berkesempatan menemui dan menemuramah Pengarah Tanah FELDA, Shahrizal Mohd Saleh, untuk mengetahui kedudukan sebenar status tanah tersebut.

Menurut Shahrizal, pada asalnya tanah tersebut diberikan kelulusan kepada permohonan arwah ayah Nazri untuk membina kilang memproses keropok.

Kemudian Nazri dan abangnya membina pusat Tahfiz diatas tanah tersebut, seterusnya Nazri terus membina lagi bangunan lain diatas tanah tersebut dan juga ia turut memasuki tanah cadangan untuk pembinaan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).



Aktiviti pembinaan bangunan selepas terbinanya kilang memproses keropok tersebut tidak dikemukakan permohonan kepada pihak FELDA dan ianya boleh dianggap sebagai menceroboh secara haram.

Menjelas secara lanjut, Shahril memberitahu bahawa pihak FELDA tiada masalah bagi mana-mana pihak untuk membuka pusat Tahfiz, bagaimanapun ianya sepatutnya dilakukan mengikut saluran yang betul dengan mengemukakan permohonan.

Bagi pihak FELDA, usaha membuka pusat Tahfiz itu adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat bagi masyarakat dan pihak FELDA pasti tidak keberatan untuk memberikan kebenaran sekiranya tanah yang ingin digunakan tiada perancangan untuk kepentingan awam.

Oleh kerana pencerobohan haram tersebut turut membabitkan tanah untuk projek PGBF, maka Nazri perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan seperti merobohkan bangunan-bangunan lain yang dibina sekeliling pusat Tahfiz itu.

Menurut Shahril, pihak FELDA berkemungkinan besar tidak akan mengarahkan pusat Tahfiz dirobohkan memandangkan ianya suatu kebaikan kepada masyarakat.

Tetapi bangunan lain akan diarahkan untuk dirobohkan kerana tanah untuk projek PGBF melibatkan kepentingan orang ramai iaitu warga generasi baharu FELDA.

FELDA sentiasa mengambilkira kepentingan awam berbanding kepentingan individu, adalah tidak adil jika FELDA membelakangkan kepentingan awam semata-mata untuk seorang individu yang telah menceroboh tanah tadbiran FELDA itu.

Daripada penjelasan yang diterima daripada Pengarah Tanah FELDA, jelas Nazri telah menceroboh secara HARAM tanah dibawah pentadbiran FELDA dan Nazri juga telah berdegil terhadap nasihat Pengurus Rancangan yang menasihati Nazri mengemukakan permohonan rasmi.

Inilah sikap calon PAS, dari ‘Parti Islam’ biarpun sikapnya ini tidak mencerminkan sikap sebenar seorang Islam.

Jika mengikut ajaran Islam, adalah WAJIB bagi sesiapa sahaja untuk mempertahankan harta mereka dan FELDA wajib mempertahankan hak serta harta mereka.

Sudahlah membina pusat Tahfiz secara haram, dibinanya pula bangunan lain sekeliling pusat Tahfiz tersebut.

Kebaikan FELDA memberikan kelulusan untuk membina kilang memproses keropok diambil kesempatan dengan menggunakan tanah tersebut seolah-olah ianya tanah pusaka nenek moyangnya.

Tidak cukup dengan tanah kilang memproses keropok, tanah untuk PGBF juga turut dicerobohnya. Inilah yang dinamakan ‘sudah diberi betis, hendakkan peha pula’.

Inikah manusia yang ingin ‘menyelamatkan FELDA’? Apakah menceroboh secara haram tanah tadbiran FELDA ini dianggap sebagai satu cara ‘menyelamatkan FELDA’? Adakah mengambil hak warga generasi baharu FELDA juga dianggap PAS sebagai usaha ‘menyelamatkan FELDA’?

Tidak HARAMkah tindakannya itu menceroboh tanah orang lain? Tidak HARAMkah dengan mengambil hak generasi baharu FELDA?

Orang-orang PAS ini amat arif bila meletakkan hukum haram kepada orang lain tetapi bila tekena batang hidung sendiri, maka semuanya jadi halal biarpun jelas HARAMnya!

Ini kerana orang-orang PAS ini sudah teramat biasa berpegang kepada prinsip ‘haram bagimu, halal bagiku’!

Adalah lebih baik lagi jika warga generasi baharu FELDA ini bangkit dan pertahankan hak mereka yang kini telah dicerobohi secara haram oleh calon PAS.

Warga generasi baharu di FELDA Keratong sepatutnya selamatkan tanah PGBF dari kerakusan calon ‘Parti Islam’ ini!!

Calon ‘Parti Islam’ ini perlu diingatkan bahawa Islam tidak mengajar untuk khianat, menceroboh tanah orang lain secara haram dan mengambil hak orang lain.

Islam itu baik, Islam itu indah… tetapi yang menjelekkan dan memburukkan Islam itu kebiasaannya adalah individu yang riak pada ilmunya dan munafiq pada keperibadiannya. –


- See more at: http://www.pru14.tv/2015/05/01/prk-rompin-ceroboh-tanah-felda-hukum-agama-mana-calon-pas-ikut/#sthash.vtWa6M4U.dpuf


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.