Friday, May 1, 2015

#PRKROMPIN - Hudud PAS Hanya Hudud Politik

pilihanraya kini     1:30 AM    



Laporan sesetengah akhbar yang menyebut kempen PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat lebih tertumpu kepada isu Felda dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Isu itu menjadi diantara isu paling hangat dijaja oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu daripada diorang menerangkan pelaksanaan hudud, diakui sendiri oleh sesetengah pemimpin PAS.

Majoriti penceramah PAS dalam kempen PRK Parlimen Rompin dilihat hanya memfokuskan kepada isu CBP, Felda dan seruan mengajak rakyat menolak UMNO, kata Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani.

Katanya lagi, berdasarkan dari pemerhatian yang telah dilakukan, para penceramah sehabis boleh cuba mengelak daripada menyentuh isu-isu berkaitan agama dan akidah dalam ceramah - ceramah mereka.


“Saya memerhati dari siang tadi sampai malam ni. Majoriti penceramah ajak tolak UMNO dengan isu GST dan isu Felda sahaja.


“Dah ramai yang tak mau sebut isu agama dan aqidah. Padahal, kesalahan UMNO yang paling besar sekali adalah dalam urusan aqidah dan agama”, tulis beliau menerusi laman Facebook.

Semalam, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat menjangkakan PAS tidak akan menyentuh mengenai pelaksanaan hudud kerana ia bukan isu yang mampu menggoncang Rompin, kubu kuat BN.

“Mereka akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku, dan mampu mempersonakan rakyat seperti CBP dan 1MDB,’ katanya.


Dalam erti kata mudahnya, puak - puak PAS ni memang hanya sekadar menjadikan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tu sebagai alat untuk mereka mendapatkan sokongan dari kalangan pengundi.

Maknanya, puak - puak PAS tu hanya memperalatkan isu perlaksanaan Hukum Hudud demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang betul - betul nak menegakkan perjuangan Islam!!!


Sumber : http://semuthitam80.blogspot.com/2015/04/prkrompin-ternyata-hudud-pas-hanya.html



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.