Monday, May 4, 2015

#PRKRompin: Jentera BN Terengganu Akan Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

pilihanraya kini     12:07 PM    



Ketua Kontijen Barisan Nasional (BN) Terengganu YB A. Latiff Awang menyahut gesaan yang dibuat oleh Ketua Penyelaras Jentera BN PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya memastikan semua pengundi keluar pada 5 Mei (selasa) nanti dengan strategi yang terbaik.

Bagi 7 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang menjadi anak angkat BN Terengganu A. Latiff berkata bagi memastikan semua pengundi keluar pada selasa ini BN Terengganu telah menyusun beberapa strategi bersama dengan jentera tempatan.
“Jentera BN Terengganu akan mengenal pasti semua pengundi BN di semua PDM yang dijaga dan memastikan kesemuanya keluar mengundi” beliau berkata demikian semasa dihubungi Terengganu Times.

Bagi kesemua 7 PDM Kedaik, Gading, Leban Chondong, Sungai Puteri, Kuala Rompin, Bandar Baru Rompin dan Pontian jumlah pengundi berdaftar seramai 9829 orang pengundi dari keseluruhan Parlimen Rompin 52,744 orang pengundi.

Sementara itu beliau berkata jentera pergerakan Pemuda BN telah menyusun beberapa perkara dan strategi yang terbaik dari segi kenderaan bagi membawa pengundi yang mempunyai masalah pengangkutan dan juga menaikkan semangat dari kalangan pemuda disetiap PDM.

“Saya percaya dengan kesungguhan yang diberikan di semua peringkat jentera BN yang berada di Rompin ini akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik” tambahnya.

Parlimen Rompin perlu terus kekal menjadi kubu kuat BN bagi memastikan agenda pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan.

Seramai 52,744 pengundi yang layak mengundi Selasa ini.

Sejumlah 464 daripada 545 pengundi awal telah mengundi pada Khamis lepas.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Sumber : AAKJ


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.