Saturday, May 2, 2015

#PrkRompin : Pemuda Mahu Tingkatkan Usaha Penjelasan Isu GST Dan Perumahan Felda

pilihanraya kini     12:13 AM    



BUKIT IBAM : Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan lagi usaha memberi penjelasan mengenai isu-isu yang mendapat perhatian rakyat seperti Cukai Barangan dan Perhidmatan ( GST ) dan Projek Felda pada kempen PRK Rompin.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy jamaluddin berkata, ia bagi memastikan rakyat terutama golongan muda tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang dan akhirnya tersilap membuat pilihan ketika mengundi.

“Kita jangan lupa jasa arwah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (bekas Ahli Parlimen Rompin) melalui BN yang membawa pembangunan ke ke kawasan kita.

“Jangan kerana dua, tiga isu kita undi pembangkang yang hanya pandai bermain emosi dan melepas geram sahaja. Bila kita dah salah pilih, kita dapat wakil rakyat yang hanya lepas geram sahaja tetapi tidak dapat membantu penduduk Rompin. Ini akan menyebabkan kerugian,” katanya ketika berucap semasa program ramah mesra bersama jentera dan pengundi muda di Bukit Ibam hari ini.

Khairy menambah, jentera pemuda mensasarkan undi majoriti yang boleh menandingi undi majoriti yang diterima Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Ketika ditanya mengenai persiapan jentera Pemuda, beliau mengakui kekangan yang dihadapi oleh jentera pemuda disebabkan masalah logistik memandangkan Rompin mempunyai kawasan yang luas

“Kalau kita nak datang dari Muazam ke Rompin jaraknya begitu luas namun saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pemuda dan ini dibuktikan apabila kehadiran saya disambut dengan kehadiran lebih 200 belia bermotosikal dan kita boleh lihat kekuatan pemuda disitu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ketiadaan pelancaran sayap Pemuda baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa pelancaran jentera pemuda bukanlah perkara yang wajib dilaksanakan.

“Ia tidak bersifat wajib tetapi sampingan sahaja. Apa yang lebih penting ialah pengumuman calon dan penamaan calon.

“Perasmian sayap ini kalau sempat dan ada peluang kita buat, kita buat, kalau tidak, tidak perlu, terangnya kepada pemberita,” katanya.

Sebelum ini jentera Pemuda BN dilihat tidak dirasai dalam kempen PRK ini, hinggakan mencetuskan pelbagai spekulasi.


Sumber : http://www.tv14.my/2015/05/01/pemuda-mahu-tingkatkan-usaha-penjelasan-isu-gst-dan-perumahan-felda/


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.