Wednesday, May 13, 2015

Selepas Raya Rombakan Kabinet Bakal Berlaku?

pilihanraya kini     2:42 PM    



KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai rombakan Kabinet semakin kuat bertiup dan meskipun semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan mengenainya, namun ia tidak mampu memadamkan spekulasi tersebut.

Berdasarkan situasi semasa, ada kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku selepas Hari Raya nanti dan daripada khabar angin yang semakin kencang itu, beberapa nama popular bakal terlibat dalam rombakan itu.

Ada yang akan digugurkan, ditukar portfolio dan ada juga yang mungkin akan dinaikkan pangkat.

Antara nama menteri yang dikatakan akan terlibat dalam rombakan Kabinet nanti ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah), Khairi Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Manakala timbalan menteri yang dikhabarkan bakal terlibat dalam rombakan ini ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong, Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) serta Datuk P. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pendidikan II).

Sementara beberapa nama dikatakan akan memasuki Kabinet iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Ghani, Anuar Abd. Manaf (Ahli Parlimen Sekijang), Datuk Bung Mokhtar (Ahli Parlimen Kinabatangan), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi serta tidak terkecuali Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau dikenali dengan Azwan Bro.

Difahamkan nama-nama tersebut dibincangkan di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang diadakan dua hari lepas.

Ia disebabkan ada antara menteri-menteri terbabit yang dilihat gagal berfungsi dengan baik terutama melibatkan isu-isu semasa yang hebat diperkatakan ketika ini.

Mungkinkah ini satu kenyataan….sama-samalah kita menunggunya.

Sumber : Tv14

1 comments :

Anonymous said...

Najib xmau rombak jawatan memteri kewangan? takut menteri baru tau rahsia ke..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.