Tuesday, May 26, 2015

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik

pilihanraya kini     2:20 PM    



Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) hari ini mengesahkan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd adalah benar.

Namun, Pengarah Bahagian Hab Halal jabatan Hakimah Mohd Yusoff berkata penarikan itu disebabkan perlanggaran terhadap prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius.

Ia bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk seperti yang tersebar secara meluas di laman sosial.


Penarikan sijil ini berkuatkuasa bermula 7 Mei ini dan pihak Secret Recipe boleh memohon semula sijil Halal berkenaan sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan Jakim.


“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu.

“Jakim akan membuat piawaian semula terhadap permohonan mereka selepas ini berdasarkan pemeriksaan dan pemaatuhan ke atas piawaian dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014″, katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Jakim memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemegang sijil halal yang tidak mengikut piawaian.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak status halal melalui laman web www.halal.gov.my

-Pru 14


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.