Tuesday, May 19, 2015

Wajarkah Debat Tun M - Najib

pilihanraya kini     9:53 AM    


Nampaknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup sampai ke tahap mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, dengan dua ikon negarawan berdebat mengenai isu yang sepatutnya tidak diperbesarkan, adakah ia akan membawa kebaikan kepada negara?

Bagi Dr Mahathir, reputasinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun pasti mengundang banyak persoalan dan mungkin pada gelanggang debat sebegitu, masalah serta persoalan yang timbul pada zaman peemerintahan beliau akan terdedah.

Tanda tanya mengenai kes berkaitan pembunuhan di Mamali, kes Perwaja Steel dan banyak lagi kes berkaitan kekayaan anak-anak beliau yang boleh ditimbulkan.

Jika beliau mahu mengajak Najib berdebat, mengapa menyerang Perdana Menteri dengan pelbagai dakwaan dan kritikan sehingga sanggup melibatkan kes jenayah pembunuhan Altantuya dalam kritikan membabi buta beliau.

Adakah Dr Mahathir tidak boleh menunggu sehingga debat berkenaan diadakan dan barulah mengeluarkan segala kenyataan yang konon-kononnya dianggap fakta itu?

Semalam, Najib mengumumkan bahawa hutang RM42 bilion syarikat 1MDB kini tersimpan dalam bentuk 2 bidang tanah di kawasan “lombong emas” di Kuala Lumpur.

Ia dianggap sebagai satu pengakuan bahawa kesemua wang yang dipinjam sudahpun habis digunakan. Bagi pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang, mereka begitu pantas mahu Najib menerima cabaran itu seterusnya berdebat secara terbuka bersama Dr Mahathir dalam isu berkaitan 1MDB itu.

Sebenarnya, debat berkenaan hanya akan memburukkan lagi imej UMNO di mata rakyat kerana ia hanyalah satu pertemuan untuk kedua-dua belah pihak untuk saling menuding jari antara satu sama lain.

Apabila kedua-duanya akan mempersoalkan tindakan masing-masing ia tidak akan membawa apa pun kebaikan kepada parti dan rakyat. Suatu ketika dahulu, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berdebat secara terbuka dengan Menteri Penerangan (kini Menteri Komunikasi dan Multimedia) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai 2008.

Pada ketika itu, debat berkenaan bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Selepas debat itu berlangsung tiada apapun perkara baik yang berlaku di antara kedua-dua pihak dan hanya masing-masing cuba memberikan pendapatnya sendiri.

 PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.