Wednesday, May 13, 2015

Wan Azizah Mampu!!

pilihanraya kini     11:09 AM    



PR yakin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang berdasarkan pengalaman dan ketokohannya.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, lantikan tersebut adalah kepercayaan dalam parti kepada beliau yang sebelum ini pernah mengetuai PR dalam Parlimen.

Menurut Azmin, beliau menyokong penuh lantikan tersebut meskipun sebelum ini namanya disebut bakal memegang jawatan itu.

“Itu adalah kerja pihak media yang sengaja melaga-lagakan pucuk pimpinan parti, secara peribadi saya tiada masalah berkenaan hal itu.

“Walaupun Wan Azizah memegang banyak jawatan, itu bukanlah sesuatu bebanan kerana beliau sedia menjalankan tanggungjawab itu berdasarkan kebolehan dan kemampuannya serta dibantu ahli parlimen lain,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis
penyerahan bantuan pendidikan kepada 49 sekolah seluruh Gombak, semalam.

Mengulas tuduhan sabotaj dalam kalangan parti semasa PRK Permatang Pauh baru-baru ini, Azmin berpendapat, perkara itu telah selesai melalui majoriti undi yang besar.

“Kita hanya mampu berterima kasih kepada semua pihak yang turun semasa kempen iaitu petugas juga pengundi yang memberikan sokongan,” katanya.

Sumber : SH

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.