Friday, June 12, 2015

DAP Cari Laluan Baharu Tanpa PAS -#PKini

pilihanraya kini     9:15 AM    



Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memberi amaran bahawa kerjasama Pakatan Rakyat bakal berakhir tidak lama lagi berikutan tiada lagi persefahaman antara DAP dengan PAS.

Sehubungan itu Loke berkata, keputusan mengenai kedudukan DAP dalam pakatan pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu pada Isnin.

Bagaimanapun beliau menolak kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut di Selangor kerana menurutnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata survival kerajaan Selangor adalah keutamaan.

Krisis Pakatan Rakyat wujud sejak beberapa bulan lalu namun keretakan hubungan itu semakin ketara selepas PAS meluluskan usul pada muktamar minggu lalu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Perbalahan antara DAP dan PAS menyebabkan PKR tersepit antara kedua-dua sekutu pembangkang itu.

Sementara itu Loke memberikan tiga senario yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Pertamanya kemungkinan Pakatan Rakyat yang ada sekarang akan berpecah dan ia akan membentuk entiti baru.

"Pakatan dalam bentuk sekarang tidak lagi berdaya maju. Penyokong kami tidak boleh menerimanya dan kita tidak boleh mengabaikan perkara itu," katanya.

Senario kedua mungkin dapat melihat ketiga-tiga parti mewujudkan kerjasama antara parti.

"Ini (senario) menimbulkan persoalan sama ada PKR akan bersama-sama dengan kami atau sebaliknya," kata Loke.

Selain itu menurut Loke senario ketiga mungkin melihat 'semangat' Barisan Alternatif yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum 1990 berlaku semula.

"Apa yang berlaku ialah mereka (PAS) tidak mahu bersama kami tetapi mereka juga tidak mahu kehilangan jawatan dalam kerajaan negeri," kata Loke.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak boleh menyingkirkan PAS kerana tidak ada mekanisme atau prosedur undang-undang untuk berbuat demikian.

1 comments :

Wah...chauvanist racist dap dah berasa cukup besar dan kuat ya...hehe...selagi ramai melayu tongok yg boleh dikudakan...u'll survive dear....u'll survive n bcoming strong....anyway....melayu tongok are in d surplus yes.... !

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.