Wednesday, June 10, 2015

Pakatan Rakyat Sudah Tidak Sempurna, Perlu Bubar

pilihanraya kini     9:30 AM    


PR perlu dibubarkan setelah Pas mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 baru-baru ini.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, gabungan pakatan itu tidak boleh dibuat tanpa penyertaan Pas.

“Sekiranya Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan mereka tidak boleh duduk bersama, maka PR tidak boleh diwujudkan lagi.

“Kalau mereka (Pas) keluar, PR sudah tidak sempurna dan perlu dicari pengganti lain bagi mengisi kekosongan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembubaran itu perlu dibuat dan distrukturkan semula dengan PR Baharu untuk mengembalikan sokongan rakyat menjelang PRU14.

“Dalam situasi sekarang, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam soal menarik sokongan rakyat.

“Misalnya DAP banyak penyokong bukan Melayu, PKR pula mempunyai sokongan pelbagai kaum dan Pas mempunyai penyokong Melayu yang ramai,” katanya.

Phahrolrazi berkata, bagaimanapun status PR perlu diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat sama ada boleh dibaiki atau dibubarkan.

“Perbezaan pendapat antara Pas dan DAP dalam konteks PR dilihat begitu besar sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang amat menaruh harapan menjelang PRU14,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah turut menyarankan semua parti komponen menyatakan pendirian masing-masing dalam isu ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.