Monday, June 1, 2015

PAS Bergabung Dengan UMNO Jika Hadi Menang?

pilihanraya kini     3:31 PM    


Banyak pemerhati politik melihat bahawa parti UMNO dan PAS bakal menjalinkan kerjasama politik sekiranya Presiden PAS ketika ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang pada pemilihan PAS kali ini.

Beliau dalam pemilihan dalam Muktamar PAS ke-61 bermula 4 Jun nanti akan berdepan dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang.

Abdul Hadi merupakan pemimpin PAS dari golongan ulama yang kini diboikot oleh DAP manakala Ahmad adalah seorang individu yang menyokong PAS kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

BACA – Pemimpin Anwarinas PAS Turut Cuak, Kedudukan PAS Dalam Pakatan 

Ketika ini, golongan yang menyokong Anwar atau Anwarinas dan parasit dalam PAS begitu beriya-iya hendak menewaskan golongan ulama tetapi dari sumber yang diperolehi, ulama akan tetap mempelopori kedudukan kepimpinan dalam PAS.

Antara pemimpin PAS parasit iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mula menyerang kepimpinan ulama dalam satu ceramah di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu tanpa berselindung menyelar kepimpinan Abdul Hadi dan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Hadi dikatakan gagal mengekalkan pemerintahan PAS di Terengganu dan Nik Aziz dikatakan gagal menawan Kelantan jika bertanding berseorangan tanpa ada sebarang pakatan.

Kewujudan parasit inilah akan menjadi antara sebab utama, PAS dan UMNO akan mula menjalinkan kerjasama dalam menjadikan orang Melayu kembali bersatu dalam kancah politik.

Bagaimanapun, ada pihak menyatakan bahawa tidak mungkin PAS akan kembali bersama di dalam Barisan Nasional (BN) bersama dengan MCA, MIC dan parti komponen lain. Ada kemungkinan kedua-duanya akan disatukan dalam satu pakatan berbentuk parti baru yang menggabungkan PAS dan UMNO.

Menurut sumber dalaman, kemungkinan kedua-duanya akan mengadakan perbincangan untuk membahagikan kerusi jika bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Keadaan politik Malaysia pastinya berbeza jika perkara itu berlaku dan ia tidaklah mustahil memandangkan UMNO dan PAS di Kelantan sebelum ini telah pun menjalinkan kerjasama hebat selepas sebulat suara menyokong Hudud ketika ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

– PRU14.tv 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.