Thursday, June 11, 2015

Pemain bola tampar Indonesia bukan wanita? #SukanSEA:

pilihanraya kini     11:15 AM    

Penganjur Sukan SEA menolak permintaan Filipina supaya mengadakan ujian menentukan jantina terhadap pemain bola tampar wanita Indonesia.

Rayuan melakukan ujian terhadap Aprilia Santini Manganang, 23, oleh Filipina itu ditolak jawatankuasa penganjur SINGSOC selepas meneliti dokumen yang pakar perubatan.

“SINGSOC diberitahu jawatankuasa perubatan Persekutuan Sukan Asia Tenggara bahawa mereka sudah meneliti dokumen yang diserah pasukan bola tampar wanita Indonesia dan berikutan itu, rayuan Filipina ditolak,” kata kenyataan SINGSOC hari ini.

Kontinjen Filipina sebelum ini mempersoalkan keupayaan Aprilia sebagai pemain wanita dan menuntut dia menjalani ujian menentukan jantina.

Dalam perlawanan pertama menentang Singapura bagi Kumpulan B, Indonesia mengalahkan Filipina 25-22, 25-20, 25-14. - AFP

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.