Thursday, June 11, 2015

Pendaki Bogel, Kaminsky 'Pengganas Budaya' #GempaSabah

pilihanraya kini     11:25 AM    



Emil Kaminsky, seorang pelancong warga asing yang dipercayai berbogel di atas Gunung Kinabalu dikenali dengan tabiatnya yang suka memuat naik kandungan dan komen sensitif di blog dan media sosial.


Kaminsky mengendalikan blog pengembaraan yang dikenali sebagai 'Monkeetime'.



Selain gambarnya berbogel, media sosial seperti FacebookTwitter dan YouTube miliknya turut mengandungi entri penghinaan terhadap agama dan budaya di negara-negara yang dia kunjungi.



Menamakan kumpulan sebagai Backpackers Behaving Badly, dia didapati turut gemar menyakitkan hati penduduk tempatan yang dilawatinya.



Sebelum berbogel di Gunung Kinabalu, Sabah, dia dikatakan melakukan perkara yang sama di Brunei dua tahun yang lalu apabila dia menghina sultan dan Islam.



Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun menasihati rakyat Malaysia supaya tidak terus bertindak balas dengan perbuatan lelaki berkenaan.



"Elak daripada menjadikan dia terkenal, dia memperoleh wang daripada kemarahan kita," tulisnya di Twitter.



Kaminsky dipercayai dibayar untuk menulis mengenai destinasi yang ditujunya.



Hasil semakan, terdapat beberapa gambar di Facebook menunjukkan imej lelaki berbogel dirakam daripada belakang di lokasi berbeza,



Namun tidak dapat dipastikan sama ada gambar berkenaan milik Kaminsky atau sebaliknya.



Seorang penulis kepada The Star menyifatkan dia sebagai 'pengganas budaya' yang sengaja memperkecilkan adat dan budaya orang lain.-MStar

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.