Tuesday, July 28, 2015

#1MDB : Pecat Pengurusan Tertinggi 1MDB! - Umno Cheras

pilihanraya kini     9:36 AM    



Umno Bahagian Cheras telah meluluskan resolusi menggesa kerajaan memecat pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana didakwa gagal dalam memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung urusan kewangannya.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata syarikat bermasalah itu telah memberikan maklumat tidak tepat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga ia telah dimanipulasi oleh pembangkang.

"Perdana Menteri menjawab soalan di Parlimen mengenai 1MDB berdasarkan nasihat mereka. Sudah tentu mereka perlu bertanggungjawab kerana berbuat demikian," katanya.

Resolusi itu, termasuk empat yang lain, telah diluluskan sebulat suara oleh bahagian ini pada mesyuarat tahunan mereka pada Ahad.

Ia termasuk menggesa kerajaan membetulkan semua kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan 1MDB dari segi pelaburan kewangan dan dokumentasi yang disahkan.

Dan apa sahaja tindakan yang diambil, ia mestilah berdasarkan kebenaran mutlak.

Ia berkata mengukuhkan dan menstabilkan mata wang dan ekonomi negara yang terjejas teruk juga merupakan keutamaan.

"Kita juga perlu mendapatkan semula keyakinan rakyat, yang dahagakan jawapan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, supaya kita boleh menghapuskan semua dakwaan terhadap kerajaan dan parti," katanya.

Bahagian ini juga sebulat suara meluluskan usul untuk menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Satu pasukan petugas peringkat tinggi telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah guna dana 1MDB dana, dengan lima orang ditahan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Umno Johor berkata suara-suara akar umbi parti itu mesti didengar pada setiap masa, terutamanya kerana parti itu kini menghadapi cabaran yang besar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno JOhor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional tidak akan mengeluarkan apa-apa perintah sekatan kepada sesiapa yang ingin menyuarakan pendapat mereka, lapor Bernama.

"Kita semua mempunyai pendapat kita sendiri dan mahu bersuara. Sebagai parti yang terbuka, kami tidak akan menghalang sesiapa daripada berkata apa-apa. Kami akan terus bersikap terbuka," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi, Johor, Isnin.

mStar


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.