Thursday, July 9, 2015

Berita Kerajaan Sekat Akses Laman Sosial Adalah Palsu #Malaysia

pilihanraya kini     1:34 PM    


KERANA mudahnya rakyat negara ini mempercayai berita yang disebarkan di laman sosial, kerana itulah fitnah dan kritikan liar terus berleluasa di Facebook, Twitter dan laman lain serta menjejaskan reputasi kerajaan.

Hari ini tersebar lagi berita yang begitu besar pembohongan dan fitnahnya apabila kerajaan dikatakan akan menyekat akses ke laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp bermula Isnin ini.

Berita palsu itu sengaja disebarkan di laman sosial Facebook sebagai satu provokasi kononnya kerajaan menyekat laman sosial berkenaan 

Berkali-kali sebelum ini, kerajaan sudah memberikan komitmen kuat mereka untuk tidak menyekat akses ke laman sosial kerana ia banyak memberi faedah kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Oktober 2013 berkata biarpun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial untuk menyebarkan fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan itu.

“Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik… Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Di negara kita, ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkab fitnah atau tohmahan,” katanya.

Adalah tidak logik bagi kerajaan menyekat akses berkenaan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menggunakan Facebook dan Twitter untuk menyampaikan apa-apa berkaitan langkah dan keputusan kerajaan.

Melalui laman sosial juga, beliau dapat bertemu dengan rakan-rakan media sosial yang sama-sama berinteraksi dengan beliau untuk mendapatkan pandangan berkenaan isu semasa dan dasar kerajaan.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa pihak yang gemar menabur fitnah ini sedang secara agresif mempergunakan mereka untuk mempercayai segala cerita karut dan bohong demi mencapai hajat politik mereka.

Pengguna laman sosial sepatutnya menjadi lebih matang dan menilai setiap maklumat yang datang sebelum membuat kesimpulan mengutuk mahupun mengkritik kerajaan.
– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.