Friday, July 10, 2015

Borussia Dortmund Belasah JDT 6-1 Pada Aksi Persahabatan #Malaysia

pilihanraya kini     10:22 AM    

Kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund membelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tan Sri Dato Hasan Yunos, di sini, malam Khamis.


Perlawanan ini merupakan aksi persahabatan kedua bagi Borussia Dortmund dalam siri Jelajah Asia 2015, selepas menewaskan kelab Liga Jepun, Kawasaki Frontale 6-0, di Stadium Todoroki, Tokyo, Selasa lepas.

Pada perlawanan malam Khamis, kelab Jerman itu mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ikalay Gundogan pada minit ke-22, Peirre-Emerick Aubameyang (29') dan Kevin Kampl pada minit ke-32.

Gol sagu hati JDT dijaringkan oleh Gary Steven Robbat pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, Borussia Dortmund menambah tiga lagi jaringan menerusi bekas pemain Manchester United, Shinji Kagawa pada minit ke-74 diikuti Calvin Jeremy Dudziak (81') dan Marco Reus pada minit ke-90.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.