Friday, July 10, 2015

MALAYSIAN INSIDERS JUAL NAMA PASUKAN PENYIASAT CEMAR NAMA PM

pilihanraya kini     9:51 AM    


Malaysia Insider sekali lagi membuktikan mereka bukan portal melapor tetapi portal beragenda.
Melapor sahaja tidak memadai kerana itu bukan tujuan sebenar Mi berfungsi.
Di belakang MI ada tokoh dan watak watak yang mahu agenda besar mereka menguasai politik dan sekali gus menguasai negara ini melalui permainan hasutan minda terhadap rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia pula sedia menerima berita negatif dari berita positif kerana telah di pupuk perasaan benci terhadap pemerintah yang rata rata nya Melayu dan beragama Islam.
Jika di lihat kali ini MI berpihak kepada mantan Perdana Menteri dalam usha beliau menjatuh kan pemimpin UMNO , ia bukan kerana sayang nya MI kepada mantan , tetapi kerana mereka akan sokong siapa sahaja yang mahu menjatuh kan kepimpinan UMNO.
Sebaik sahaja laporan MI kini konon nya mereka mendapat maklumat berkenaan akaun DS Najib dari sumber yang sahih ia itu dari Pasukan Penyiasat, pasti sekali 2 perkara terjadi.
Sama ada MI berbohong seperti lazim nya atau pun mereka hanya membuat andaian mengguna kan nama pasukan penyiasat.
Jadi dengan konon nya sumber yang mereka perolehi ada lah kan betul dan tepat atas nama Pasukan Penyiasat maka tentu sekali rakyat yang dahaga kan berita kebencian akan terus menelan nya bulat bulat.
Alhamdulillah Tan Sri Ghani Patail muncul dengan pantas dan menafikan apa yang di sebar kan oleh portal pemfitnah MI bahawa apa yang di laporkan berkenaan pembekuan akaun ds Najib ada lah tidak betul.
PUTRAJAYA 8 Julai – peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun yang dikeluarkan kelmarin tidak melibatkan mana-mana akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Utusan Malaysia.
Walaupun penafian telah di buat oleh mereka yang ber autoriti dalam hal ini , namun kerosakan telah pun terjadi kerana yang mempercayai fitnah MI pasti sekali tidak membaca bab penafian hanya membaca bab fitnah sahaja.
Tidak tahu di mana silap nya bagi pihak kerajaan kerana amat lembab dalam mengambil tindak.
-TV14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.