Thursday, July 9, 2015

Perang Persepsi Negatif Pembangkang : #1MDB

pilihanraya kini     9:14 AM    


Serangan pembangkang berhubung isu 1MBD masih belum reda dan nampaknya telah masuk ke fasa baru dengan tujuan tujuan menumbangkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Fasa baru ini tidak lagi menonjolkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi lebih kepada senjata portal pro pembangkang dan juga media milik pembangkang.

Siri jelajah Dr Mahathir sudah reda tetapi media pembangkang terus menghentam kerajaan dan menyerang peribadi Dato’ Sri Najib Tun Razak tidak henti-henti.

Perlu diingat rakyat bahawa semua usaha ini adalah untuk memaksa Perdana Menteri meletak jawatan dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Bagi mencapai tujuan tersebut pembangkang termasuk juga bekas pemimpin seperti Dr Mahathir yang telah termakan propaganda pembangkang telah mencipta suatu persepsi negatif yang kuat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Sekarang ini adalah perang persepsi buan lagi perang menggunakan fakta atau angka-angka yang jelas dan tidak boleh dipertikai.
Membuat persepsi adalah lebih senang dripada mengatasinya dan ini adalah suatu cabaran yang amat berat bagi kerajaan.

Bagi pembangkang dengan menggunakan satu ayat atau satu angka mereka boleh mewujudkan persepsi rakyat bahawa berlaku penyelewengan atau elemen rasuah dalam pentadbiran kerajaan atau syarikat milik kerajaan.

Kerajaan pula terpaksa menjawab berjela-jela untuk menangkis serangan persepsi pembangkang yang mempunyai niat tidak lain tidak bukan mencemarkan imej kerajaan dan pemimpin.

Rakyat pula tersepit antara keduanya samada mahu mempercayai versi pembangkang atau menerima penjelasan kerajaan.
Dalam hal ini peranan rakyat dalam menapis dan menimbang sebarang maklumat dan informasi yang muncul dari saluran-saluran media adalah amat penting.

Samada ianya dari saluran media traditional seperti media cetak, readio atau eletronik mahupun media baru seperti blog, twitter, facebook, whatsapp, youtube dan sebagainya.

Dalam isu 1MDB pembangkang seringali menggunakan saluran media baru untuk menyebarkan dakyath dan fitnah mereka.
Ini kerana mereka tahu kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mempunyai peralatan eletronik seperti telefon bimbit pintar yang mampu menampung banyak perisian dan program.

Maklumat melalui peralatan elektronik ini pula diterima dengan pantas dan juga diviral dan disebarkan dengan begitu cepat.
Jadinya persepsi negatif yang terkandung di dalam artikel, komen atau kenyataan yang dibuat oleh pihak pembangkang akan dimuat turun dan disebarkan dengan bebitu meluas.

Malangnya ramai negara negara ini memilih untuk terus mempercayai apa sahaja yang mereka perolehi melalui telefon bimbit pintar atau emel mereka tanpa memeriksa atau menyaring maklumat tersebut sebelum disebarkan.

Ini yang menyebabkan masalah persepsi sukar ditangani dan diatasi oleh pihak kerajaan kerana berita sensasi lebih laku daripada kenyataan dan penjelasan daripada pihak berwajib.

Adalah penting pada masa ini rakyat berfikiran rasional dan matang memikirkan lebih kepada kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya daripada melayan propaganda murahan pembangkang yang kecewa kerana kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Isu 1MDB aakn diselesaikan seperti yang dijanjikan Perdana Menteri dan segalanya akan menjadi lebih jelas apabila isu ini perjelaskan kelak atas landasan fakta.

Usah termakan racun yang dihidangkan oleh pembangkang kerana akhirnya rakyat juga akan menjadi korban dan negara akan rugi.
– PRU14.tv


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.