Thursday, July 9, 2015

Pertemuan PM Dengan Putera Turki Di Manipulasi Sarawak Report : #1MDB

pilihanraya kini     8:32 AM    






Menerusi artikel yang di terbitkan oleh Sarawak Report kelmarin, mereka mendedahkan pertemuan 4 mata antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Putera Turki Bin Raja Abdullah Al Saud beserta perunding pelaburan, Jho Low dan Pengerusi dan Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Tarek Essam Ahmad Obaid di sebuah lokasi yang tidak dinamakan pada bulan Ogos 2009.

Artikel berkenaan sekali lagi mengaitkan kehadiran Jho Low di lokasi berkenaan sebagai bukti mengatakan Datuk Seri Mohd Najib menyalurkan dana 1MDB kepada beliau berikutan pertemuan empat mata antara wakil 1MDB dan PetroSaudi. Ini sekali lagi jelas dimanipulasikan oleh Sarawak Report dan seperti biasa laporan berkenaan dianggap “kitab” bagi pembenci kerajaan termasuk Tun Dr Mahathir sendiri.

Jika kita selidiki, pertemuan sebegini bukan perkara aneh bagi seorang ahli perniagaan dan VIP. Pada masa berkenaan, Perdana Menteri baru sahaja menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan beliau dilihat kerap ke Arab Saudi bagi melobi beberapa projek perniagaan untuk negara (buktinya, pembinaan keretapi laju Al Hamra antara Madinah ke Mekah).

Pada masa berkenaan 1MDB baru sahaja ditubuhkan setelah pengambil alihan Terengganu Investment Agency (TIA) dimuktamadkan sekitar Jun 2009. Sebagai tulang belakang kepada penubuhan 1MDB, adalah menjadi tugas Najib selaku ketua untuk mencari peluang pelaburan yang mungkin boleh ditawarkan di negara teluk berkenaan. Inilah realiti sebenar yang dilakukan beliau tetapi dilindungi oleh Sarawak Report dan beberapa individu yang memanipulasikan 1MDB demi karier politik mereka.

Nama Putera Turki Bin Raja Abdullah Al Saud merupakan nama yang agak besar di Arab Saudi. Beliau dikenali sebagai Putera Raja yang paling bersih dalam keluarga Al Saud dan beliau merupakan bekas Gabenor Riyadh sebelum kedudukan beliau diambil alih oleh orang lain berikutan pemecatan beliau oleh Raja Arab Saudi kini, Raja Salman in Abdul Aziz Al Saud.

putera-turki-anak-lelaki-niang-raja-abdullah-ari-menua-arab-saudi-ti-bempu-kompeni-petrosaudi
Sewaktu pemerintahan Allahyarham Raja Abdullah, beliau merupakan anakanda kesayangan Raja Abdullah sehingga Raja Abdullah mengurniakan beberapa telaga minyak untuk beliau uruskan. Lulusan salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat ini dilantik sebagai Gabenor Riyadh sewaktu penghujung pemerintahan Raja Abdullah dan sepanjang menjadi Gabenor, beliau bukan orang yang tidak digemari oleh warga Riyadh itu sendiri.

Menariknya, hubungan Putera Turki dan Jho Low bukan perkara baru. Jho Low merupaka seorang individu yang terkenal sebagai rakan rapat dan ejen pelaburan bagi kebanyakan putera Raja di Negara Teluk. Penglibatan beliau dalam sektor pelaburan menjadikan beliau sebagai ejen pelaburan yang paling dipercayai di rantau teluk. Jadi tidak menghairankan jika kita dapat melihat kehadiran Jho Low dalam pertemuan ini.

Apa yang dilakukan oleh 1MDB pada masa berkenaan adalah mencari peluang perniagaan dalam sektor minyak dan gas sesuai dengan latar belakang penubuhan yang diasaskan melalui TIA. Jho Low pula merupakan penasihat pelaburan untuk TIA sebelum mengembangkan sayap perniagaannya ke Amerika Syarikat dan Negara Teluk seperti Arab Saudi.

Beliau tidak terikat dengan PetroSaudi atau mana-mana syarikat berteraskan minyak dan gas. Jadi beliau bebas untuk membawa mana-mana pelabur untuk melabur kedalam mana-mana syarikat minyak dan gas yang dikenali oleh beliau.

Pertemuan di atas kapal mewah yang dikatakan sebagai kapal yang disewa khas oleh Najib merupakan dakwaan palsu. Putera Turki dilaporkan mempunyai 2 buah bot persiaran mewah dan sebuah kapal layar yang beliau gunakan untuk bersantai. Bagi yang ingin bertemu dengannya dalam keadaan santai, inilah tempat yang beliau selalu aturkan untuk berbincang dalam keadaan santai tanpa terikat dengan protokol.

Screenshot_2015-07-06-22-56-02
Serangan ini dilihat sebagai “peluru terakhir” yang dipunyai oleh Sarawak Report menerusi sumber maklumatnya, Xavier Andre Justo untuk menghentam Perdana Menteri dan sekaligus menarik sokongan pentaksub Tun M dan Pembangkang di Malaysia. Jelas kini, mereka sudahpun “berkitabkan” Sarawak Report dan juga The Wall Street Journal untuk mencari bahan menghentam kepimpinan kini.


– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.