Thursday, July 9, 2015

RM332 JUTA : BILA BANK NEGARA HENDAK DEDAH AKAUN ANWAR IBRAHIM?

pilihanraya kini     10:06 AM    


Pada 2 Julai 2013, kira kira hampir 2 tahun lepas, Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
“Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Sampai ke hari ini, sudah dua tahun. Anwar Ibrahim masih belum pun memberitahu kepada rakyat Malaysia apakah benar dakwaan yang telah dibuat Liang Teck Meng itu. Malah Anwar Ibrahim tidak pun mengambil tindakan undang undang untuk memperbetulkan semula tuduhan itu. Pasukan petugas khas pun tidak ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terbabit. Sarawak Report dan Wall Street Journal lagilah tidak berminat langsung untuk mengetahui kebenaran berita tersebut.
Mengapa bila pertikai perkara yang bersangkut paut dengan kerajaan BN, pantas mereka hendak siasat dan kemukakan bukti. Bila kena kepada pemimpin pembangkang, sudah dua tahun senyap tanpa tampilkan langsung sebarang bukti balas. Bank Negara harus bertindak segera. Dedahkan juga maklumat akaun Anwar Ibrahim. Bekukan akaun tersebut jika terbukti ada unsur tidak baik. Rakyat juga hendak tahu benarkah dakwaan Anwar Ibrahim ada RM209 juta itu betul atau tidak?
Mengapa tidak saman Utusan Malaysia, jika dakwaan ini tidak betul?
keratan+utusan+dsai+ada+akaun+bank+israel
-TV14

2 comments :

Anonymous said...

KEADAAN SEPERTI INI WUJUD KERANA "TERDAPAT" PROXI2 PEMBANGKANG DALAM AGENSI KERAJAAN. DENGAN ITU SAMA-SAMA KITA DESAK BNM/SPRM/POLIS MENYIASAT DAKWAAN AHLI PARLIMEN BERKENAAN DALAM MASA TERDEKAT NI. JIKA TIADA SIASATAN DIJALANKAN, SAH BAHAWA BNM/SPRM/POLIS PROXI PEMBANGKANG.....

Anonymous said...

DSRI NAJIB AND THE WHOLE CABINET SHOULD PURSUE THE ALLEGATION BY THE SAIB MP. IT IS A SERIOUS ACCUSATION. WHY NO INVESTIGATION NOT BEING CARRIED OUT EVER SINCE IT WAS BROUGHT UP BY THE SAID MP?

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.