Friday, July 10, 2015

SAIFUDDIN NASUTION MEMALUKAN HJ HADI, UNGKIT KISAH ANWAR DIHINA KATANYA

pilihanraya kini     10:02 AM    


Apakah motif pertemuan di antara Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2014 di Kuala Ibai berkaitan dengan isu pelantikan Menteri Besar Selangor dibangkitkan semula pada hari ini.
Ini kerana pertemuan yang sudah berlalu sejak sebelas bulan yang lalu dibangkit semula sekarang seolah-olah dengan motif tertentu.
Pertemuan yang dimaksudkan itu berlaku pada 11 Ogos 2014, ketika Anwar dilaporkan telah menemui Hadi di Kuala Ibai, Terengganu untuk meminta sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai MB Selangor yang baharu selepas PKR memecat keahlian parti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sejak beberapa hari lalu, satu kenyataan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Pilihan Raya PKR telah disebarkan di kalangan netizen anti-Hadi di media maya.
Dalam kenyataan itu, Saifuddin menceritakan pengamalannya ketika menjadi Setiausaha Agung PKR, menemani Anwar dalam pertemuan dengan seorang individu yang tidak dinamakan.
“Bagaimana Dato Seri Anwar diaib dengan bahasa yang cukup kasar. Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka,”kenyataan Saifuddin dipetik.
Facebooker Ustaz Ahmad Awang Supporters menamakan ‘dia’ yang dimaksudkan Saifuddin itu adalah Hadi.
“Yang Saifuddin ceritakan di atas ialah ketika DSAI dan Saifuddin berjumpa dengan Hj Hadi di Terengganu (Batu Buruk) untuk menyelesaikan kemelut ketika Isu MB Selangor.
“Di antara kata-kata Hj Hadi ialah…”Semua yang berlaku hari ini ialah kerana berpunca dari anta (kamu) yang pernah menjadi khadam Mahathir selama 16 tahun..”
“Sepanjang pertemuan itu Hj Hadi berterusan menghentam DSAI sepuas hatinya. Selepas puas mencela dan menghentam, Hj Hadi terus bingkas bangun meninggalkan DSAI begitu saja… Pertemuan itu turut dihadiri oleh Syed Azman dan Mustafa Ali,”dakwanya.
Mustapa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS Pusat mengesahkan pertemuan tersebut.
“Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan),” katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.
PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.