Thursday, July 9, 2015

Saya Tidak Ambil Dana #1MDB Untuk Kepentingan Peribadi - Najib Razak

pilihanraya kini     8:44 AM    



Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan peribadinya.

Penafian tegas itu dibuat ketika perdana menteri dihimpit tuduhan penyaluran wang berbilion ringgit ke akaun peribadi miliknya.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri," katanya di sini.

Selain itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya juga, Najib menyifatkan laporan Wall Street Journal berhubung dana 1MDB bertujuan memberi tekanan terhadap karier politiknya.

"Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno," katanya.

Najib turut memaklumkan bahawa pasukan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan kepada WSJ bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan akhbar itu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

"Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journalmengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta (RM2.67 bilion) milik 1MDB.

"Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut," katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.