Tuesday, July 28, 2015

SPR : Lebih 70,000 Mendaftar Pemilih Baharu

pilihanraya kini     8:53 AM    



PUTRAJAYA - Sebanyak 70,920 orang mendaftar sebagai pemilih baharu dalam suku kedua tahun ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Setiausaha (Operasi) SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, dalam tempoh sama sebanyak 12,171 pemohonan turut diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar.

Katanya Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun 2/2015 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 4 Ogos hingga 17 Ogos ini di 947 tempat pameran di seluruh negara untuk semakan.

"Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan April hingga Jun 2015 dinasihatkan menyemak DPT suku tahun 2/2015," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya tempat pameran termasuk pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks/pejabat kerajaan, pejabat daerah/pejabat tanah, majlis daerah/perbandaran, dewan serbaguna/rukun tetangga/balai raya/penghulu/dewan dan tempat-tempat lain.

Semasa tempoh DPT itu, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada daftar pemilih ialah kerana mereka didapati telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara, katanya. - 

Bernama

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.