Monday, July 27, 2015

Ultra Kiasu Hipokrit ! - DRT

pilihanraya kini     2:18 PM    



PETALING JAYA : Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah meneruskan siri kritikan terhadap golongan ultra kiasu.

Menerusi tulisan terbaru dalam akhbar Sinar Harian pada Isnin, Ridhuan Tee berkata, kumpulan itu hipokrit kerana berpakaian mengikut etika apabila ke majlis-majlis tertentu.

Dia memberi contoh sumbangan Ramadan yang diberikan kepada masjid dan surau apabila ultra kiasu mengenakan pakaian sopan bagi mematuhi etika berpakaian.

“Mengimbau kembali bantuan mereka kepada surau masjid ketika bulan puasa. Molek sungguh mereka berpakaian Melayu, berselendang menyampaikan bantuan RM2,000. Sehingga ada yang mengusik “Amoi pakai baju kurung sangat comel”.

“Saya tidak nafikan akulturasi ini amat baik dan patut digalakkan. Tetapi mengenali mereka, semua ini hipokrit. Pada masa sama, merekalah menentang etika berpakaian,” tulisnya.

Ridhuan Tee berkata, jika ultra kiasu hormat kepada negara, Perlembagaan dan Rukun Negara, tentu mereka akan sentiasa mengenakan cara hidup bersopan, bertatasusila dan berbudaya.

“Ini tidak, mereka pejuang tegar hak asasi manusia, sehingga menenggelamkan identiti negara tercinta ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ridhuan Tee turut mengecam orang Melayu dalam parti ultra kiasu yang mahukan orang Melayu bertolak ansur agar isu sekolah vernakular tidak dibangkitkan lagi.

“Biarkan ia beroperasi bebas tanpa gangguan. Manakala golongan liberal Melayu mahukan Bahasa Inggeris (BI) digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Hebat sungguh Melayu.


“Bangsa lain sibuk mempertahankan dan mempromosikan bahasa ibunda mereka. Manakala, bangsa Melayu tidak yakin dengan bahasa sendiri,” katanya.


Katanya, bodoh jika menolak kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa tetapi janganlah sampai bahasa Melayu dianaktirikan.

“Biarlah tidak tahu bertutur bahasa Melayu tak apa, asalnya boleh berbahasa bahasa Inggeris dan ibunda yang lain. Inilah pemikiran liberal Melayu,” katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.