Wednesday, August 12, 2015

GERAKAN HARAPAN BARU (GHB) HANYA DISERTAI MEREKA YG KECEWA

pilihanraya kini     3:06 PM    



1- PAS Melaka tidak terkesan langsung dgn pengisytiharan bekas Ketua Pemuda PAS Melaka yg membuat pengumuman keluar parti PAS oleh Jauhar Mohd Dawi dan menyertai Gerakan Harapan Baru.

2- Menurut Kamarudin Sidek, Pesuruhjaya PAS Melaka, Jauhar Mohd Dawi bukanlah nama besar dlm PAS Melaka dan tidak dikenali ramai ahli bahkan hanya menjadi Ketua Pemuda PAS Melaka pd thn 2013 dan kalah mempertahankan jawatan dlm pemilihan PAS yg lepas. Dia menyertai PAS pd thn 2010 dan terlalu ghairah mengejar pangkat dan jawatan dlm parti. Sewaktu memegang jawatan sbg Ketua Pemuda PAS Melaka tiada sebarang aktiviti dan program yg dijalankan kecuali demonstrasi jalanan serta dilihat sibuk mengikuti beberapa pemimpin PKR dan DAP. Ramai anak muda menyampah dgn perangai dan sikap "gila jawatan dan kaki projek".


3- PAS Melaka amat mengalu-alukan Jauhar dan yg sewaktu dengannya utk segera keluar drp PAS kerana mereka ini hanya akan merosakkan PAS jika terus berada dlm jemaah. Seeloknya mereka ini terus menjadi ahli DAP kerana corak pemikiran mereka yg mudah terpedaya dgn janji-janji manis pemimpin DAP hingga sanggup menggadaikan perjuangan parti.

4- PAS Melaka tiada masalah dan tidak gentar dgn Jauhar Mohd Dawi yg telah dilantik sbg Timbalan Koordinator Gerakan Harapan Baru Melaka kerana mereka ini tiada kekuatan jentera bahkan hanya disertai oleh mereka yg kecewa kalah dlm pemilihan PAS yg lepas.

5- Kebanyakan ahli PAS yg menyertai Gerakan Harapan Baru adalah mereka yg kalah merebut jawatan dan mendapat maklumat yg salah serta tiada pengalaman dlm gera kerja parti. Apa yg jelas mereka adalah golongan yg mengejar jawatan, wang ringgit dan projek.

6- Gerakan Harapan Baru tidak akan panjang jangka hayatnya kerana asas penubuhannya jelas hanya disertai golongan manusia kecewa sbg parti utk menyaingi PAS dlm Pakatan Rakyat dan hanya menjadi kuda tunggangan kpd DAP.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.