Thursday, August 20, 2015

GST : Peniaga Diberi Tempoh Sehingga 24 Ogos

pilihanraya kini     10:01 AM    



Jabatan Kastam melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 03 atau GST-03 sehingga 24 Ogos ini bagi tempoh bercukai tiga bulan (antara 1 April hingga 30 Jun).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, tempoh penyerahan penyata GST itu yang sepatutnya berakhir pada Jumaat lepas, dilanjutkan bagi memberi peluang kepada peniaga yang berdaftar di bawah GST, yang mungkin bermasalah untuk menghantar penyata GST mereka.

"Di dalam sistem GST ini, mereka yang mempunyai (pendapatan) perniagaan lebih daripada RM5 juta perlu mengemukakan penyata setiap bulan tetapi peniaga yang kurang RM5 juta, adalah setiap tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-77 di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat yang telah mendaftar tetapi tidak mempunyai hasil pendapatan juga perlu menghantar penyata GST sebagai makluman kepada kastam.

Khazali berkata, pegawai kastam sentiasa bersedia membantu sekiranya peniaga-peniaga itu mempunyai masalah untuk menghantar penyata GST mereka.

Mengenai mesyuarat itu, beliau berkata beberapa perancangan yang baharu akan dilaksanakan khususnya berkaitan dengan pelaksanaan GST yang bermula April lepas.

"Kita juga gunakan mesyuarat ini untuk membincangkan perancangan dari segi operasi bagi memastikan segala aktiviti penyeludupan boleh dibendung," katanya. - Bernama

1 comments :

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.