Wednesday, August 19, 2015

Isu Air : Selangor Buruk Siku!

pilihanraya kini     10:00 AM    



SHAH ALAM – Pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu di negeri ini mungkin terjejas jika kerajaan negeri bercadang menaikkan tarif air, demikian reaksi penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Peniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, jika tarif air dinaikkan, pemberian air percuma tidak mampu bertahan lama.

"Ia ternyata boleh menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan negeri. Lambat laun subsidi air sudah pasti akan dimansuhkan," katanya.

Baayah berkata, cadangan berkenaan juga membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri.

“Kelebihan pada rakyat akan kurang sebab masa pilihan raya lalu mereka berjanji nak berikan air percuma, tetapi ditarik balik pula.

“Mereka yang berpendapatan rendah pasti akan marah terutama yang mengharapkan bantuan air percuma,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kerajaan negeri boleh menarik balik pemberian air percuma, tetapi bukan kepada mereka yang miskin dan berpendapatan rendah.

Katanya, bayaran air sepatutnya dikenakan kepada golongan yang mampu dan tinggal di kawasan tertentu sahaja.

Baayah bagaimanapun tidak menafikan, pembatalan pemberian air percuma itu boleh membantu kerajaan negeri melakukan banyak penjimatan.

“Bayangkan kalau mereka dapat kutip RM10 satu rumah, berapa banyak dah kerajaan negeri dapat berjimat,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Prof Dr Shazali Abu Mansor pula menyatakan pandangan berbeza.

Menurut Shazali, jika berlaku penarikan semula air percuma, ia tidak akan membebankan rakyat, sebaliknya dapat membantu kerajaan negeri mengelak pembaziran air.

“Rakyat akan mengambil mudah jika mereka diberikan air percuma kerana menganggap sumber semula jadi berkenaan tidak berharga.

“Kalau dikenakan bayaran, mereka tak akan menggunakannya sesuka hati dan menggunakannya dengan bijak malah sumber air juga dapat dijimatkan dengan sebaik mungkin,” katanya. 

Menurutnya, pemberian air percuma banyak memberi kesan negatif kerana orang ramai cenderung mengambil mudah atas kelebihan berkenaan.

“Kalau subsidi ini tak diberikan lagi mentaliti membazir dapat dihapuskan dan ia membantu kerajaan negeri menjimatkan perbelanjaan,” katanya. 

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman pula berkata, jika wujud usul menarik balik pemberian air percuma ia bertentangan dengan manifesto kerajaan negeri yang menawarkan kebajikan untuk rakyat.

Katanya, rakyat pasti akan mengungkit janji dalam pilihan raya lepas dan menganggap pentadbiran kerajaan negeri tidak menepati janji.

“Tidak adil untuk rakyat apabila subsidi yang diberikan ditarik balik kerana air adalah adalah anugerah ALLAH yang sepatutnya diberikan secara percuma.

“Perkara ini membebankan rakyat dan melambangkan betapa tidak cekapnya kerajaan negeri dalam menangani isu air,” katanya.

Menurutnya, isu tidak timbul jika kerajaan negeri tidak main tarik tali dengan kerajaan pusat bagi menangani masalah air terutama dalam hal yang berkaitan dengan Langat 2.

“Kerajaan negeri harus mempercepatkan pembinaan Langat 2 dan bukan melewat-lewatkannya dengan memberikan banyak alasan.

“Kalau kerajaan negeri masih berdegil untuk meneliti perjanjian dan buat mengikut cara mereka, selagi itulah rakyat akan berdepan dengan masalah air,” katanya.


2 comments :

Anonymous said...

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Prof Dr Shazali Abu Mansor pula menyatakan pandangan berbeza. Menurut Shazali, jika berlaku penarikan semula air percuma, ia tidak akan membebankan rakyat, sebaliknya dapat membantu kerajaan negeri mengelak pembaziran air.
“Rakyat akan mengambil mudah jika mereka diberikan air percuma kerana menganggap sumber semula jadi berkenaan tidak berharga. Kalau dikenakan bayaran, mereka tak akan menggunakannya sesuka hati dan menggunakannya dengan bijak malah sumber air juga dapat dijimatkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pandangan Prof Dr Shazali kurang tepat dan tidak merujuk mekanisme sebenar pemberian air percuma. Pemberian air percuma kerajaan Selangor sebelum ini ialah berdasarkan penggunaan tidak melebihi 20 meterpadu sebulan. jika melebihi kuantiti tersebut, semua air yang digunakan akan dikenakan charge. Mana mungkin pengguna yang mendapat air percuma akan berbuat sesuka hati dan membazirkan air yang diberi. Jika ini dilakukan bermakna hujung bulan tersebut mereka akan mendapat bil yang perlu dibayar kerana penggunaan air melebihi 20 meterpadu akibat membazir.

Mohon pandangan para profesor dan cerdik pandai mesti berlandaskan situasi sebenar, tidak memihak kepada sentimen politik peribadi. Elakkan pandangan rakyat marhein bahawa profesor bercakap seperti orang yang tidak pernah study isu sebelum bercakap.

pak Samsul said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.