Thursday, August 20, 2015

JDT Gayat Di Puncak Liga

pilihanraya kini     10:04 AM    



KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 selepas mencerahkan peluang dengan melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Rabu malam. 

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kedudukan Pahang di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata dengan kutipan 46 mata selepas 21 perlawanan. 

Pahang pula turun ke tangga kedua liga selepas seri 2-2 dengan Felda United di laman sendiri. JDT bakal dimahkotakan juara Liga Super 2015 sekiranya mengalahkan Felda United pada aksi terakhir liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini. 

Pahang pula akan menentang Terengganu pada perlawanan akhir musim di laman lawan pada hari yang sama. Pada aksi di Larkin, JDT meraih jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-44, Mohd Nazrin Nawi (minit ke-47), S. Chanturu (minit ke-66) dan Safiq Rahim pada minit ke-71 manakala Perak memperolehi gol saguhati hasil sentuhan pemain import dari Brazil, Thiago Junior Aquino pada minit ke-60. 

Pahang pula mempersiakan peluang beraksi di laman sendiri setelah seri dengan Felda United di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 

Gol skuad Tok Gajah dihasilkan oleh dua pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-48 dan Damian Delano Stewart pada minit ke-78 manakala penyerang import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-62 dan selang enam minit kemudian. 

Di Stadium Shah Alam, pasukan Selangor mengutip tiga mata selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Kelantan menerusi gol daripada Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-23 selain dua gol oleh Guilherme De Paula pada minit ke-49 dan sepakan penalti pada minit ke-63. 

Terdahulu, pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri pada minit ke-89 kerana dikatakan meludah pemain lawan. 

Dalam pada itu, Terengganu memintas kedudukan Felda United di tangga keempat setelah menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil jaringan penyerang import dari Kanada, Issey Nakajima-Farran pada minit ke-81. 

Perlawanan berkenaan turut dicemari dengan 10 layangan kad kuning ke atas kedua-dua pasukan oleh pengadil, Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim. 

Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan wakil kelab dari Singapura, Lions XII 2-1. 

Dua jaringan skuad 'Ngap Sayot' dihasilkan oleh Nyema Patrick Gerhardt pada minit ke-23 dan Billy Mehmet Osman pada minit ke-39 manakala Muhammad Khairul Amri Mohamad Kamal mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-75. 

Sarawak sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ivan Fatic diperintah keluar padang oleh pengadil selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-84. 

Sementara itu, pasukan kelab Sime Darby FC, yang sudah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan, meraih kemenangan sulung musim ini selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0, hasil jaringan tunggal Nemanja Vidakovic pada minit ke-65. 

Susulan kekalahan tersebut, ATM mengiringi Sime Darby FC ke saingan Liga Perdana musim 2016. Aksi Liga Super 2015 bakal melabuhkan tirai dengan perlawanan ke-22 di enam venue berbeza sebelum bermula kempen Piala Malaysia pada bulan depan.



1 comments :

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka <<< 2722 >>> alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 475
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos











© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.