Wednesday, August 12, 2015

Mudahnya Tabur Fitnah - Ustaz Fathul

pilihanraya kini     3:27 PM    



Penyebaran FITNAH bahawa saya mengungkapkan “Wajib Taat pada Perdana Menteri Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat”.

Berikut adalah ulasan saya:


1) FITNAH ini disebarkan dgn meletakkan TAJUK PROVOKASI (spt di atas) pada satu kuliah maghrib saya di sebuah masjid di Batu Caves pd 31/05/2011.

2) Video berdurasi 8 minit 19 saat itu merupakan jawapan saya kepada satu soalan tentang sejauh mana ketaatan kepada pemimpin. Adakah dgn kenaikan tarif elektrik mengharuskan kita utk tidak mentaati pemimpin dalam hal yg makruf?

3) Terlalu banyak video-video ulasan saya tentang pemerintahan dan konsep mentaati pemimpin. Sila rujuk: http://www.drfathulbari.com/2015/08/menjawab-fitnah-wajib-taat-perdana.html
Jadi, sebarang kesimpulan yg ingin dibuat tentang pendirian saya, perlu mengambilkira ulasan-ulasan saya secara kolektif dan janganlah diputarbelitkan yang kemudiannya boleh menjadi modal fitnah.

4) Oleh kerana, pemfitnah sentiasa gagal berhujjah ilmiah, maka mereka cuba memutarbelitkan kenyataan saya dengan tujuan mengadu domba. Sabda Nabi SAW: “Tidak akan masuk syurga pengadu domba”. (HR ) Al-Imam al-Nawawi (w.676H) memberikan takrifan “al-Namimah” (adu domba) sebagai menukilkan kata-kata seseorang dan menyebarkannya dengan tujuan jahat. (lihat: al-Azkar, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, ms 99)

5) Mentaati Pemerintah Islam yg SAH dalam hal yg ma’ruf adalah satu KEWAJIPAN selama mana tiada arahan melakukan maksiat. Asas pendirian saya berdasarkan hadis Nabi SAW:
“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruhnya untuk melakukan kemaksiatan. Apabila pemerintah menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (HR Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629)

6) Kezaliman pemerintah sudah tentu wajib diingkari dan dinasihati. Sabda Nabi SAW: “Jihad yang paling utama adalah MENGATAKAN KEBENARAN di hadapan pemerintah yang zalim.” (HR Abu Daud, no:4344, al-Tirmidzi, no:2174).
Asas menasihati adalah secara berhadapan dengan pemimpin bukan di belakangnya.

7) KAEDAH “mengatakan kebenaran” @ menegur @ mengingkari @ menasihati semestinya menepati METHODOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

8) Methodologi AHLI SUNNAH dalam menasihati pemerintah:
a. Menasihati bukan provokasi.
b. Menyampaikan hujjah bukan fitnah
c. Penuh kesopanan bukan kebiadapan
d. Dengan kasih sayang bukan kebencian
e. Secara bersendirian diutamakan bukan dijalanan atau terang terangan.
f. Dengan keikhlasan bukan kepentingan
g. Penuh penghormatan bukan mengaibkan
h. Bersangka baik bukan bersangka buruk
i. Dengan kebijaksanaan bukan kejahilan (cth: BIJAK memilih tempat,masa,perkataan, menilai kemampuan diri, menilai maslahah dan mafsadahnya)

*Saya memaafkan semua pemfitnah, pemaki hamun, pengadu domba, pengumpat dan penyebar yg tidak bertabayyun. Moga Allah mengampuni kita semua. Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

4 comments :

Wajib taat pemimpin kecuali yg mnyeru ke jalan maksiat dan sesat.

Pemimpin juga khususnya yg beragama Islam wajib menunjukkan teladan dan budi pekerti yg baik

Para ulama dan ilmuan Islam juga wajib menegur pimpin bukannya berlenang2 mengaitkan hukum dan hadis

Dalam kitab suci Al Quran trdapat kisah Nabi Musa, dibesarkan di istana Firaun, taat tapi baginda berani menegur dan memerangi Firaun

Dalam situasi sekarang rakyat resah dgn pemimpin yg kelihatan begotu bobrok apabila berkata. Berputar belit bila diminta mengaku, hanya selepas dibuktikan oleh pihak berkuasa khabar2 angin itu benar barulah mahu mengaku!!!!!

Itupun masih berklise, tolong beri bukti dgn nyata dan terang, bukan bercakap melalui org tengah, jika tidak sebenarnya pemimpinlah yang menyuburkan fitnah di kalangan rakyat.

Anonymous said...

macam mana mahu mengaku kalau tuduhan kepada pemimpin itu tidak betul, yang dibuktikan pihak berkuasa tue tidak kena mengena pun dengan tuduhan pemfitnah yang create story sendiri..
kalau nak selit2 bab Islam,make sure story awak tue pun dari sumber yang sahih, kalau orng yang dituduh, tunggu sehingga betul2 jatuh salahnya. bukan hari nie keluar berita kena tuduh, dah jatuh salah.
tolong beri bukti yang nyata untuk tuduhan, jangan pandai mengata untuk orang lain jer.

Anonymous said...

Firaun tu sampai tahap mengaku dirinya tuhan. Tapi isunya sekarang bukan lagi menegur tetapi sudah tahap nak menjatuhkan pm... walaupun pm berjanji akan berusaha pulihkan 1mdb... segala usaha pm dipolitikkan.

Anonymous said...

Itu pun Nabi Musa di sarankan menegur dengan baik... tengoklah teguran pd pm sudah tahap menghina keluarganya ...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.