Monday, August 10, 2015

Pegawai SPRM perlu simpan rahsia

pilihanraya kini     2:29 PM    



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan dengan telus dan menyimpan kerahsiaan dalam setiap penyiasatan mereka dengan menghormati peruntukan yang telah ditetapkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, badan bebas itu perlu menjadikan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) Hong Kong sebagai contoh ketika menjalankan sesuatu siasatan. 

Menurutnya, melalui peruntukan yang ditetapkan, jelas menyebut tidak boleh mana-mana pihak atau pegawai SPRM membocorkan rahsia sama ada orang yang menuduh mahupun pihak yang menyiasat.

“Saya pernah duduk dalam jawatankuasa SPRM selama lima tahun, di mana saya juga turut diajar untuk menghormati satu peruntukan dalam agenda mereka iaitu kerahsiaan kerana tugas suruhanjaya itu adalah untuk menyiasat mereka yang dikatakan rasuah.

“Sebab itu amat penting untuk SPRM beritahu kepada kami bahawa kerahsiaan itu penting kerana dalam penyiasatan apabila ia diuar-uarkan, orang yang dituduh akan merosakkan bahan bukti dan sebagainya,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.