Tuesday, August 18, 2015

Pilih calon muda

pilihanraya kini     10:54 AM    



Semua parti politik di negara ini disaran mewujudkan kuota calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Saranan itu berdasarkan peningkatan jumlah pengundi muda yang semakin meningkat, sekaligus memberi nafas baru dalam pentadbiran negara.

Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin berkata, kuota tersebut ditentukan berdasarkan peratusan pengundi muda di satu-satu kawasan.

“Sekiranya anggaran 45 peratus pengundi muda pada PRU14 nanti, saya berasakan paling tidak 20 peratus adalah mewakili anak muda di luar sana,” katanya, semalam.

Beliau berkata demkikian pada Wacana Sinar Harian bertajuk 'Kuasa Politik Baharu: Apa Anak Muda Mahu' di di Auditorium Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Selain Rahman, ahli panel terdiri daripada Dyana Sofya Daud (DAP), Faiz Fadzil (Pemuda Harapan Baru) dan Marwan Abdullah (Ikram Siswa).

Wacana siri ke-36 ini dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Menuru Rahman, berdasarkan PRU13 lalu, sebanyak 34 peratus pengundi adalah daripada pengundi muda namun tidak mampu membawa suara anak muda kepada kerajaan.

“Berapa ramai orang muda kita yang berumur di bawah 35 tahun menjadi menteri? Berapa ramai ahli Parlimen yang betul-betul mewakili isu anak muda selepas PRU13?

“Kita perlu ambil contoh seperti di Sweden. Menteri kesihatannya berumur 31 tahun. Saya fikir perkara itu juga boleh berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda Umno tidak mempunyai masalah untuk duduk semeja berbincang dengan rakan-rakan daripada parti pembangkang dalam usaha memastikan kemahuan anak muda berjaya dipenuhi.

Kata Rahman, dirinya sendiri bersedia untuk diajak berbincang dan berbicara apabila ia membabitkan masalah yang dihadapi orang muda.

“Secara jujurnya, rakan paling akrab yang sering saya bertukar pendapat dan buat kerja amal adalah daripada parti pembangkang.

“Jadi, tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan keempat-empat panel pada hari ini (semalam) walaupun berlainan parti,” katanya.

Menurutnya, beliau terbuka dan bersedia berfikir mengenai polisi parti dan seterusnya memastikan nasib golongan muda dan rakyat negara ini terbela.

Sumber : SH





1 comments :

pak Samsul said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.