Tuesday, August 18, 2015

Saya Tak Percaya Komplot

pilihanraya kini     11:12 AM    



SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz tidak percaya ada komplot di dalam parti yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Beliau turut terkejut dengan berita itu ketika kerajaan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak yakin ada tuduhan-tuduhan (jatuhkan kerajaan) seperti itu,” katanya dalam entri terbaru di laman Facebooknya.

Menurutnya, kedudukan ekonomi yang tidak menentu serta tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan adalah masalah utama yang perlu diberi keutamaan daripada menukar pentadbiran kerajaan.

“Pendek kata, perlu sangat pemimpin-pemimpin yang ada sekarang menumpu sepenuh perhatian kepada mentadbir negara dan menyelesaikan masalah.

“Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk menjatuhkan pemimpin dan menggulingkan kerajaan. Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?,” soalnya.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, mengingat pemimpin kerajaan agar berwaspada dalam melakonkan watak mereka kerana rakyat sedang memerhatikan gerak geri pemimpin mereka.‎


1 comments :

pak Samsul said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.