Monday, August 3, 2015

Saya Takkan "Bisu" Dalam Isu 1MDB - Muhyiddin

pilihanraya kini     9:06 AM    



KLUANG : Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar untuk terus bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun menanggung risiko digugurkan sebagai Timbalan Presiden Umno setelah dipecat daripada Kabinet Selasa lalu.

Ketika merasmikan mesyuarat agong Umno Kluang di sini, Muhyiddin berkata beliau menolak nasihat rakan-rakannya supaya “membisu” mengenai isu 1MDB.

“Mereka kata saya bukan lagi Timbalan Perdana Menteri lagi, jadi buat apa nak cakap pasal 1MDB. Saya kata, biarlah.”

“Mereka kata, manalah tahu selepas saya tidak lagi dalam jawatan kerajaan, ada pihak nak cari salah supaya jawatan saya sebagai Timbalan Presiden digugurkan,” kata beliau.

"Jadi, bagaimana saya nak cakap... Tutup mulut dan berdiam diri? Takkan saya nak membisu... Saya harus bercakap, kerana ini tugas."

"Kalau orang politik tidak boleh bercakap, dia tidak boleh jadi ketua,” tambah beliau.

Muhyiddin berkata beliau membicarakan isu 1MDB secara terbuka bukan dengan “berniat jahat tetapi berniat baik.”

"Apa yang saya lakukan selama ini (adalah) supaya perjuangan parti terus kekal."

"Selama 41 tahun bersama UMNO dan 37 tahun dalam kerajaan, (setelah) menghadiri ribuan majlis dan memberikan pelbagai ucapan, memang sukar untuk saya mendiamkan diri,” kata Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran setelah beliau secara terbuka menuduh kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak lembab dalam menangani isu 1MDB.

Syarikat milik penuh kerajaan itu dibeban hutang RM42 bilion ringgit dan menjadi senjata politik pembangkang untuk menjatuhkan pentadbiran Najib.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau tidak dapat menerima tindakan pemimpin kerajaan untuk melontar tohmahan terhadap isu 1MDB di pentas terbuka dan bukan menggunakan saluran parti dan kerajaan.

Turut digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga lantang mengungkit isu 1MDB di forum terbuka.

Perdana Menteri menolak tanggapan kerajaan berpeluk tubuh menangani isu 1MDB. Siasatan ke atas pengurusan kewangan syarikat itu sudah pun dimulakan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC).

Selain itu kerajaan juga sedang melaksanakan pelan pemulihan 1MDB bertujuan mengatasi beban hutang syarikat itu. Pelan itu dijangka membuahkan hasil dalam enam bulan. 

Dalam ucapannya Muhyiddin berkata beliau akan terus berucap mengenai isu 1MDB kerana “"sebagai timbalan presiden parti saya bertanggungjawab dengan amanah ini."

Beliau menolak tanggapan bahawa komen-komennya mengenai isu 1MDB selaku timbalan presiden Umno boleh menggugat kestabilan politik negara.

"Takkan suara saya seorang boleh menjatuhkan kerajaan?

"Sejak bila saya nak jatuhkan kerajaan? Dua hari selepas digugurkan, saya tidak pergi mana-mana. Duduk sahaja di rumah. Orang ramai datang. Tetapi tidak ramai ketua bahagian datang,” kata beliau.

Muhyiddin menyifatkan penggugurannya daripada Kabinet sebagai “ketentuan” Allah SWT mahu meringankan beban yang dipikulnya selama ini.

"Sebagai seorang Islam, kita sudah ditentukan dengan beberapa ujian...mungkin Allah mahu meringankan beban saya sedikit. 

" Kalau dulu saya tidak mempunyai masa langsung untuk isteri tetapi sejak beberapa hari ini lain," katanya


4 comments :

Anonymous said...

LAwan Habis2an sebelom di gugurkan atau berundur!!

AhJibNgok dan boneka2 nya mesti di pertanggong kawabkan di atas kecelaruan keadaan politik Malaysia dan kemunduran UMNO!!

Anonymous said...

Sudah2 la.....apalg yg nak d ungkit....
Dah sampao situ sj rezeki Allah .....doa sj yg terbaik..
Buat apa lg nak di hebohkan ....
Mcm tak redha sj...ari tu cakap sy redha..
Pelik manusia skrg....dah hilang jawatan .. Ada sj yg kena..
Cakap tak serupa bikin

Rupanya ramai juga SETAN BISU dalam UMNO dan Kerajaan...ingatkan PAS aje yang ramai SETAN BISU...

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
( 085-210-001-377 )
atau Atau klik disini
Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.