Thursday, August 13, 2015

Berhenti Menafikan Kewujudan Kekayaan Tidak Sama Rata - Sultan Perak

pilihanraya kini     9:39 AM    




Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahanhidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Dalam ucapannya, baginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Baginda berucap pada majlis ulangtahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, di sebalik perbahasan mengenai pengumuman Putrajaya baru-baru ini mendakwa purata pendapatan isi rumah rakyat melebihi RM5,900.

Sementara mengambil maklum yang rasuah juga wujud di kalangan pegawai berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta akibat sifat tamak mereka, Sultan Nazrin berkata rakyat golongan bawahan ada yang melakukan kerja kedua bagi menampung keperluan keluarga demi mengelak terjebak dalam rasuah.
Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja, titahnya.

"Inilah hakikat senario semasa di dalam negara. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat.

"Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku," titahnya.

Baginda memetik laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan 80% isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Ia juga menunjukkan 78.6% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Sementara itu, titahnya, tahap keupayaan pelaburan di kalangan majoriti bumiputera boleh dimanifestasikan melalui simpanan Amanah Saham Bumiputera di mana 75% daripada penabungnya memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.

Sultan Nazrin bertitah, data itu sangat membimbangkan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 setahun pada tahun 2020.

Katanya, keadaan itu umpama penyakit yang memerlukan rawatan serius.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," katanya.

Sumber : Wakeup Malaya

3 comments :

Anonymous said...

Kerajaan perlu cari jalan kawal harga rumah... tak boleh buat sesuatu ke bila harga seunit kondominium di shah alam yg kurang 1000sq/ft pon blh mencecah rm1/2 juta? Banyak kawasan perumahan baru tetapi ia lebih memberi keuntungan besar pada pemaju dan golongan mampu beli pd hari pelancaran utk dijual balik dgn harga tinggi setelah rumah siap ... jadi golongan mereka ini makin kaya dan yg teraniaya ialah majoriti.
Bayangkan peruntukan gaji bulan untuk bayar rumah saje da beri rakyat kesempitan hidup. Jgn kita terpedaya hasutan gst itu zalim... sebenarnya yg lebih zalim ialah pemaju dan bank yg tamak dan manipulasi golongan yg cenderong spekulasi harga rumah utk raih keuntungan. Di mana tanggungjawab sosial kita?

Hal yang tidak pernah terbayankan kini menjadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI SANTOJOYO kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karna berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI SANTOJOYO meman benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karna rumah juga sudah disita bank,,warung makan jg sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI SANTOJOYO lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI SANTOJOYO orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman2 yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI SANTOJOYO di nomor: 0852~1159~9919 atau KLIK DISINI dengan penuh harapan percaya dan keyakinan insya allah pasti tercapai.

Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.