Friday, August 14, 2015

Tan Sri Johan Jaaffar Lepas Jawatan Sebagai Pengerusi Media Prima

pilihanraya kini     3:28 PM    



Tan Sri Johan Jaaffar mengumumkan melepaskan jawatannya menerusi satu kenyataan pada Khamis sebagai Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) berkuat kuasa 31 Ogos ini.


Sebagai Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau juga merupakan seorang yang lantang dalam menyuarakan pendirian panel tersebut dalam pelbagai isu membabitkan suruhanjaya itu.



Meskipun begitu, beliau menegaskan bahawa tindakan perletakkan jawatannya itu bukan akibat tekanan.



Johan dalam kenyataan itu turut menegaskan beliau akan terus menyuarakan pandangan tanpa gentar atau pilih kasih.



Berikut merupakan dua kenyataan oleh tokoh kewartawanan itu yang dibuat pada 8 dan 6 Ogos 2015:



i) Kenyataan Johan pada 8 Ogos:



PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH: KEMBALIKAN SEMULA DUA PEGAWAI KANAN SPRM



Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada hari Jumaat.


PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM.


Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya pertukaran ini pasti akan meningkatkan suasana tegang yang disaksikan sekarang. Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.



Panel ini menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.



Panel itu memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya. Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali.



ii) i) Kenyataan Johan pada 6 Ogos:



KENYATAAN MEDIA PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PPPR)



Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau  perjalanan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan oleh SPRM sekarang.


Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaaffar menekankan keperluan bagi SPRM menjalankan tugasnya sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.


Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.



Persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara.



PPPR juga berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran.

1 comments :

Master Sgp said...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 2263 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..


Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))

KLIK GHOB 2D 3D 4D D DISINI


angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


angka GHOIB; malaysia


angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


angka GHOIB; laos





© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.