Wednesday, August 19, 2015

Ultra Kiasu Cemburu

pilihanraya kini     9:49 AM    



Penceramah bebas popular, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan ultra kiasu yang menentang cadangan kerajaan menubuhkan pusat jualan barangan telekomunikasi 'Low Yat 2' khas untuk orang Melayu sebagai cacing yang kepanasan.

Rihduan berkata, ultra kiasu ini seperti cacing kepanasan apabila mendapat tahu kerajaan mahu membantu peniaga Melayu menceburi bidang yang dimonopoli kaum tersebut.

Tambahnya lagi, ultra kiasu ini mula mempertikaikan cadangan tersebut dengan mengatakan kerajaan mewujudkan isu perkauman apabila ingin menubuhkan Low Yat 2 khas untuk orang Melayu.

Ridhuan Tee yang menyokong cadangan kerajaan itu berkata, ultra kiasu ini mempunyai sifat menyalahkan sebelah pihak apabila hak mereka mula dicerobohi oleh kaum lain.

"Mereka seperti cacing kepanasan mempertikaikan projek ini sebagai perkauman. Bila hak mereka tergugat, maka dituduh kita rasis. Begitu juga bila kita mahu membela hak kita. Mereka betul, kita salah. Nampak sangat hipokrik," kata Ridhuan Tee

Ridhuan Tee berkata, cadangan kerajaan menubuhkan Low Yat 2 adalah sesuatu yang bagus kerana dapat mengelak pengguna Melayu terus menjadi mangsa penipuan ultra kiasu yang memonopoli bidang tersebut.

Menurut Ridhuan Tee, ultra kiasu ini suka melakukan pelbagai cara penipuan dalam perniagaan mereka demi mengaut untung lumayan.

Tambahnya, mereka ini sanggup menggunakan agama Islam untuk menarik pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu-Islam.

"Kita memohon kepada ultra kiasu supaya belajar erti ikhlas dalam bisnes. Fikirkanlah soal kepentingan negara dan keharmonian masyarakat.

"Kita tidak mahu lagi mendengar penipuan demi penipuan berlaku. Sebelum ini kita telah disajikan dengan ikan patin diberi makan babi, bihun kotor, kaki katak dalam mi dan macam-macam lagi kes yang telah dibuktikan," katanya.

Ridhuan Tee turut mempersoal perbuatan peniaga ultra kiasu dan bukan Islam di Plaza Low Yat yang menggantungkan kalimah suci seperti Allah, Muhammad dan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk bingkai dan poster bagi menarik pelanggan Islam.

"Apabila disemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tuan punya kedai bukan Melayu, begitu juga pekerjanya. Jadi alasan apa kalimah suci ini digunakan?" soalnya.


1 comments :

pak Samsul said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.