Tuesday, September 8, 2015

Bersih 4 Democrazy !

pilihanraya kini     11:42 AM    



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menghentam perhimpunan BERSIH 4 dengan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan untuk cuba mengguling kerajaan.

Najib mendakwa segala masalah dengan iklim ekonomi semasa adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukan oleh kepimpinan negara yang diterajuinya.

"Sebab itu kita tak boleh izinkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang dah dalam undang-undang, digulingkan oleh demonstrasi jalanan.


'Itu bukan demokrasi. Itulah democrazy.

"Bukan tak boleh adakan demonstrasi tapi nak menggulingkan kerajaan melalui demonstasi jalanan adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya di Batu Kuala Lumpur malam tadi.

Najib juga berkata perhimpunan itu yang diadakan menjelang sambutan Merdeka telah memalukan negara ini.

"Apatah lagi dekat-dekat dengan hari kemerdekaan. Yang sepatutnya kita raikan.

"Bukanlah waktu untuk kita nak hina kerajaan ataupun pemimpin kerajaan. Kita tak terima. Itu bukan budaya kita.

"Hari itu sepatutnya kenang pejuang kemerdekaan bukan nak bagi malu negara kita," tegasnya.

Berucap kepada hadirin yang sebahagian besarnya ahli Umno bahagian Batu, Naji berkata: "Mandat kita lima tahun. Dan lima tahun ini untuk tunjuk apa yang boleh dilakukan kepada rakyat.

"Kita tak marah semua pihak. Mungkin ada yang tak puas hati. Kritik kerajaan boleh," katanya.

"Kita ada pemimpin kabinet dan pakar. Kita boleh merunding perkara ini dan cari jalan penyelesaian. Tapi janganlah melakukah sesuatu yang bertentangan dengan lunas undang-undang," tambahnya.

Menurutnya lagi, ada beberapa yang mahu menukar kerajaan di Arab dan "tengok hari ini siapa yang mati di Mediterranean", tambahnya merujuk kepada pelarian Syria yang lemas ketika menuju ke Eropah.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.