Wednesday, September 23, 2015

Dasar Tak Tahu Chow Hui.

pilihanraya kini     10:54 AM    



SEWAJARNYA Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Chia Chow Hui cermin diri dahulu. Telitilah betul-betul diri kamu. Bukankah kamu mewakili wajah MCA – parti kamu yang kalah teruk dalam dua pilihan raya umum lalu.

Orang UMNO, dipercayai akan melahirkan rasa pelik bagaimana seorang budak hingusan seperti Chow Hui mahu popular menerusi jalan pintas mengeluarkan kenyataan yang MCA Bahagian Pasir Gudangnya telah memutuskan hubungan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia kononnya sebagai susulan sokongan Najib kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu yang didakwa Chow Hui himpunan ‘Baju Merah’ pada tarikh itu telah menghancurkan keharmonian kaum.

Tindak tanduk Chow Hui seolah-olah kini menjadi satu trend dalam kalangan orang MCA. Iaitu, yang akan bercakap apa yang terbuku di hati tidak puas hati dengan pucuk pimpinan BN dengan portal propembangkang dan selepas itu menafikan. Ia mengulangi apa yang terjadi kepada Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon tempoh hari yang apabila bercakap dengan portal pembangkang, menyuarakan sokongan kepada himpunan haram Bersih 4.0. Bahkan kata Sin Woon, tiada tindakan akan diambil terhadap ahli MCA sekali pun jika mahu menyertai himpunan haram yang menuntut Perdana Menteri meletak jawatan.

Tetapi apabila semua pihak bising-bising termasuk UMNO, Sin Woon yang turut membenarkan mahasiswa bebas sertai Bersih 4.0 pantas pula menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian sambil mendakwa portal terbabit memutarbelitkan kenyataannya. Bagaimanapun “damage has been done”.

Apabila terpaksa menarik balik kenyataan berbisa itu, mungkinkah harapan kedua-duanya supaya kaum Cina ‘akan tahu’ sebab mereka ‘terpaksa’ berbuat demikian selepas menerima tekanan hebat?

Sedarkah Chow Hui yang MCA ketika ini sekadar melukut di tepi gantang sahaja dalam komponen BN? Kedudukan MCA sebagai parti kedua utama BN telah diisi oleh sebuah parti dari Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daripada segi bilangan kerusi Parlimen. Itupun atas ihsan Najib diperuntukkan satu lagi kerusi Kabinet kepada MCA, tanpa dipersoalkan oleh MIC yang kini hanya memiliki kerusi tunggal dalam Jemaah Menteri.

Tidak malukah Chow Hui dengan rekod PRU-13 MCA yang kalah di 30 daripada 37 kerusi Parlimen ditandinginya? Dan hanya menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan.

Lebih malang lagi kalau Chow Hui dapat analisis kembali ialah calon-calon BN kaum Cina yang memenangi kerusi Parlimen adalah di kawasan peti undi majoriti Melayu.

Sedarkah kamu bahawa kerusi-kerusi MCA yang menang pun atas ihsan pengundi Melayu barangkali sebahagian besarnya daripada UMNO, yang presidennya adalah Najib? MCA sekadar bertahan hampir di semua kawasan majoriti Melayu, antaranya di Alor Gajah, Bentong, Tanjung Malim, Tanjung Piai, Labis, Ayer Hitam dan Tebrau.

Dan paling mengejutkan apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kini presiden parti Chow Hui sendiri sekadar mempertahankan Bentong dengan majoriti 379 undi.

Rekod pilihan raya MCA pada 2013 amat teruk. Calon-calon MCA yang menang majoriti besar pada PRU-12 boleh hilang wang pertaruhan dalam PRU-13. Calon yang bertaraf menteri dan timbalan menteri dari MCA dan Gerakan turut menerima nasib sama. Antaranya, Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut), Datuk Seri Chor Chee Heung (Alor Star), Datuk Lee Chee Leong (Kampar), Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kluang), Datuk Donald Lim Siang Chai (Selayang) dan Datuk Tan Lian Hoe (Taiping).

Kedangkalan Chow Hui dibimbangi akan mengakibatkan orang UMNO menganggap MCA sekadar bermuka-muka sahaja. Akan timbul tanggapan orang MCA dan Gerakan beri undi pada DAP. Mereka hanya berpura-pura menyokong kerajaan BN tetapi hakikatnya mereka mengundi pembangkang terutama DAP. Ini kerana mereka terlalu yakin pakatan akan menumbangkan BN dalam PRU-14.

Kenyataan seorang penganalisis politik, Prof. Dr. Hoo Ke Ping kepada sebuah akhbar (bukan Utusan Malaysia) dua hari selepas PRU-13 ketika menggariskan sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan Gerakan antaranya agak memeranjatkan.

“Kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan Gerakan dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan Gerakan supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,” kata Ke Ping.

MCA terutama Chow Hui, malulah kamu.

Zulkifli Jalil
Utusan

3 comments :

zgmail said...

tuan admin, klu tak salah gambar yang dipaparkan ialah mantan adun mca johor jaya en. tan cher puk

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

WAYU TOGEL said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D






















saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.