Thursday, September 10, 2015

#HimpunanRakyatBersatu : " Pilih Tempat Sesuai " - Ketua Polis Negara

pilihanraya kini     3:07 PM    



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur “Perhimpunan Rakyat Bersatu” yang dijadual berlangsung di ibu negara 16 September ini supaya memilih tempat yang bersesuaian demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata polis tidak membenarkan perhimpunan itu di ibu negara atas faktor keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk warga kota.

"Ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelancong dan pemandu teksi," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara sempena ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu di Dewan Sri Pinang di George Town, semalam.

Media melaporkan “Himpunan Rakyat Bersatu” dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lepas. – Bernama, 10 September, 2015.

2 comments :

Anonymous said...

Ooooooooo...... itu belesih punya gang kasi himpun kat sogo itu hali bole maaa.... kasi kacau olang melayu niaga tape maa.... bila kena itu tempat cina oooooo manyak tatak baik maa.... apa ni maaa....

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.