Monday, September 14, 2015

Hukum Polis Dan Pihak Stadium Juga - Presiden FAM

pilihanraya kini     11:51 AM    



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengatakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin boleh menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mempunyai kuasa berbuat demikian, lapor Kosmo Online.

Presiden FAM itu berkata, baginda akur sekiranya penggantungan tersebut dibuat pihak berkuasa sukan negara ini.

“Kalau nak gantung FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), gantung sahajalah.

“Kami patuh dan terima apa sahaja tindakan. Mereka (Pesuruhjaya Sukan) ada kuasa, menteri belia dan sukan pun ada kuasa, kita akur dan menerima apa sahaja bentuk hukuman,” titah baginda seperti dilaporkan Kosmo Online ketika diminta mengulas kenyataan Khairy, FAM berdepan penggantungan pendaftaran jika gagal menjawab notis tunjuk sebab Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 14 hari.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dataran Pekan, Pahang semalam.

Tambah baginda, kekecohan yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 antara Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak wajar diletakkan 100% kepada FAM sahaja dan ia harus dilihat secara menyeluruh.

“Ia menjadi tanggungjawab banyak pihak termasuk pengurusan stadium dan pihak polis bagi memastikan semua aspek berkaitan perlawanan bertaraf dunia itu berjalan dengan lancar.

“Kekecohan yang berlaku adalah masalah keselamatan dan budaya samseng bola sepak, kesalahan tidak wajar diletakkan kepada FAM secara keseluruhannya”.

Tengku Abdullah bertitah, aspek keselamatan merupakan tanggungjawab polis dan stadium.

"Jadi, tidak adil hanya gantung dan hukum FAM. Kalau nak gantung, kena hukum polis dan pihak stadium juga.”

Rabu lalu, pejabat Pesuruhjaya Sukan menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM, meminta penjelasan berhubung insiden kekecohan yang dicetuskan segelintir penyokong yang bergelar Ultras Malaya semasa aksi Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Bagi menjamin keselamatan pemain kedua-dua pasukan, pengadil, Liu Kwok Man dari Hong Kong membuat keputusan menghentikan perlawanan tersebut pada minit ke-88 dan ketika itu Arab Saudi sedang mendahului 2-1.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah yang juga Tunku Mahkota Pahang bertitah, FAM juga bersedia berjumpa Khairy Jamaluddin jika pihaknya diminta berbuat demikian. – 14 September, 2015.


3 comments :

Anonymous said...

Kalau Presiden FAM letak jawatan sudah tentu rusuhan tak ada. Selagi Presiden FAM masih berdegil makin lama peminat akan peyampah. Peminat meluah kan perasaan melalui rusuhan di stadium. Itu pun Presiden FAM tak faham lagi.

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.