Monday, September 21, 2015

Masalah Jerebu Dibincang 25 Sept

pilihanraya kini     9:53 AM    



JAKARTA - INDONESIA. Penyelesaian jangka panjang terhadap masalah jerebu rentas sempadan akan dibincangkan dengan Indonesia di Jakarta pada 25 September, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada perbincangan itu.

Beliau berkata Malaysia akan memberikan kerjasama kepada Indonesia untuk mengendalikan isu itu.

"Menteri Sumber Asli akan datang pada 25 September untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia serta rakan-rakan Asean yang lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lepas, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia akan mengambil beberapa langkah penyelesaian jangka panjang dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang setiap tahun.

Masalah jerebu rentas sempadan merupakan sejarah berulang melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Ia dikatakan berpunca dari Indonesia disebabkan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa sawit dan pulpa di negara itu.

Berhubung tindakan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang teruk dilanda jerebu di republik ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga pemimpin-pemimpin pelajar.

"Dulu (pertimbangan bantuan) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi kini di bawah agensi pengurusan bencana negara. Ada juga permintaan untuk bantuan kewangan bagi para pelajar (Malaysia di kawasan teruk dilanda jerebu), kita akan lihat untuk bantuan itu," katanya.

Mengulas lawatan empat hari beliau di Indonesia sejak Jumaat, lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas, Ahmad Zahid berkata beliau menjadikan Indonesia sebagai negara pertama bagi meneruskan tradisi semua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu dilantik untuk melawat Indonesia.

"Ia bagi membincangkan hubungan dua hala. Saya melakukan beberapa perbincangan melibatkan isu dua hala termasuk isu-isu kepentingan bersama seperti keperluan untuk mempertingkatkan pertukaran maklumat risikan dalam kalangan agensi penguatkuasaan terutamanya dalam menangani ancaman keganasan.

"Aspek mengenai Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia serta kebajikan mereka termasuk proses pemutihan Pati (pendatang tanpa izin) Indonesia juga dibincangkan," katanya.

Program lawatan Ahmad Zahid yang tiba di sini pagi Jumaat lalu bermula dengan mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan.

Ia diikuti kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di Istana Naib Presiden pada hari yang sama.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri dan hari ini bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri turut melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.

Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia, setelah Presiden itu menjemput Ahmad Zahid.

"Apa yang penting hubungan yang tidak formal antara kedua-dua negara telah menyelesaikan beberapa masalah terutama masalah proses membawa masuk pekerja-pekerja dari Indonesia, juga untuk proses undang-undang bagi pekerja yang mahu pulang ke Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

"Kita minta mereka (kedutaan Indonesia) keluarkan dokumen perjalanan, dan individu itu bayar denda tertentu mengikut jumlah berapa lama tinggal di
Malaysia," katanya. - Bernama

1 comments :

KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYA PAK WARHADIK, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA NYI REKSO SARASWATI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA NYI REKSO SARASWATI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,4D…


ANGKA NAIK YAITU,DI.
6D.SPORTS,TOTO 5D 6D
SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,

DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
….
SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI NYI REKSO SARASWATI /SMS KE NMR INI,082322216958—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… NYI REKSO SARASWATI Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada NYI REKSO SARASWATI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari NYI REKSO SARASWATI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih NYI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja NYI REKSO SARASWATI
…di nmr HP [082322216958]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!

DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
KLIK DISINI
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.