Monday, September 7, 2015

Najib jumpa Biro Politik Umno di PMO hari ini, menjelang mesyuarat MT

pilihanraya kini     11:06 AM    



Datuk Seri Najib Razak bertindak mengadakan satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno hari ini sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) penting pada 9 September.

Perjumpaan hari ini, dijadualkan diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, diadakan ketika spekulasi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut dalaman Umno yang semakin meruncing.

Selain Muhyiddin, MT pada Rabu dipercayai akan turut memecat Datuk Seri Shafie Apdal dan 5 lagi ahli parti.


Dalam satu surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilihat The Malaysian Insider, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 9.30 pagi ini di pejabat kerajaan itu.

The Malaysian Insider sudah menghubungi Tengku Adnan bagi mendapatkan pengesahan, bagaimanapun masih belum menerima maklum balas.

Mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan sendiri oleh Najib selaku presiden Umno.

Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin selaku timbalan presiden dan Shafie sebagai naib presiden juga menerima jemputan tersebut.

Difahamkan, Muhyiddin dan Shafie mungkin akan menghadiri mesyuarat tersebut, bagaimanapun pegawai khas kedua-dua pemimpin Umno yang disingkir daripada Kabinet itu belum memberi maklum balas kepada The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu, sebelum ini pada 1 September lalu, kedua-dua mereka tidak dijemput menghadiri mesyuarat pra MT yang juga diadakan di Pejabat Perdana Menteri.

Surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk

Dalam mesyuarat pada 1 September lalu, sumber memberitahu hanya beberapa MT yang rapat dengan Najib dipanggil hadir ke mesyuarat awal tersebut.

"Mungkin Muhyiddin dan Shafie akan hadir ke mesyuarat Isnin ini. Tetapi, mesyuarat pra MT pada 1 September, Najib tidak pula jemput mereka.

"Hanya ahli MT yang rapat dengan Najib saja yang hadir," kata sumber dalaman itu.

Selain itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MT yang kebiasaannya dipengerusikan Muhyiddin dan lazimnya diadakan sebelum sesebuah mesyuarat MT berlangsung, juga tidak dipanggil kali ini.

"Ia sesuatu yang pelik kerana selalunya satu mesyuarat pengurusan dipanggil dulu sebelum mesyuarat MT.

"Tapi kali ini tidak ada mesyuarat pengurusan dan Najib tiba-tiba memanggil mesyuarat biro khas ini," kata sumber.

Sumber juga berkata, daripada maklumat yang sedang berlegar di kalangan ahli Umno, sesuatu yang penting akan berlaku dalam mesyuarat hari ini, terutama dalam keadaan akar umbi marah dengan kepimpinan Najib yang terpalit dengan kontroversi.

"Sesuatu yang besar dijangkakan berlaku. Lagi pun, ini mesyuarat pertama bakal dihadiri Muhyiddin dan Shafie bersama presiden sejak mereka dibuang daripada Kabinet.

"Sumber dalaman memberitahu, Najib juga cuba mencari jalan damai bagi menyelesaikan kemelut parti ketika ini," katanya.

Najib menggugurkan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinetnya 28 Julai lalu susulan kritikan lantang mereka dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaru, isu sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Sejak itu, kedua-dua pemimpin Umno itu berterusan menyerang dan mengkritik Najib dalam isu syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang itu serta meminta penjelasan mengenai status wang derma tersebut.

Spekulasi juga bertiup kencang ketika ini apabila satu pesanan WhatsApp yang diviralkan mendakwa, Najib bakal memecat 7 pemimpin Umno daripada parti.

Selain Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.

Sebelum ini, dua mesyuarat MT yang sepatutnya berlangsung pada Julai dan Ogos dibatalkan kerana dibimbangi bakal mencetuskan kekecohan sekiranya Najib bertindak memecat 2 pemimpin tertinggi dalam Umno itu. – 7 September, 2015.

TMI


1 comments :

pak, anton said...

SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.